Saturday, 3 August 2013

Pentingkah Blog Untuk Bisnes?



Perlukah blog untuk memasarkan bisnes anda?  Blogging adalah salah satu alat yang paling berpengaruh sekarang.  Pada asalnya, blog digunakan untuk bercerita dan berkongsi idea. Tetapi hari ini, semakin ramai pemilik perniagaan menggunakan blog untuk meningkatkan pendapatan.  

Berikut adalah mengapa blog penting untuk perniagaan anda :

1) Blog dapat membina hubungan anda dengan pembaca dan pelanggan.  Sikap amanah sangat penting untuk mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan anda.  Melalui blog, anda boleh mempromosikan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.  Apabila anda mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan, mereka akan sentiasa berurusan dengan anda.

2) Blog boleh menjana trafik ke laman web anda. Kebanyakan orang tidak tahu, tetapi mempunyai blog sahaja dengan kandungan yang berguna akan menjana trafik yang menarik dan besar-besaran ke laman web anda.
 
3) Sehingga kini, dianggarkan bahawa terdapat 3 billion orang yang mempunyai akses kepada Internet.  Setiap mereka adalah pelanggan berpotensi anda.  Anda boleh mendapatkan jualan melalui blog dan laman web anda.  Perniagaan anda juga boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

4) Search Engine Optimization (SEO) adalah satu lagi cara untuk meningkatkan pengunjung ke blog anda.  Melalui blog, anda boleh memasukkan kata kunci dan pautan yang akan membantu dalam enjin carian.  Sentiasa kemaskini blog anda.

5) Blogging boleh mendidik pelanggan anda melalui perkongsian tentang produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.  Blog juga boleh digunakan secara terperinci untuk memberitahu pelanggan tentang promosi, diskaun, produk terbaru atau apa sahaja tentang bisnes anda.  

6) Blogging adalah alat pemasaran yang hebat untuk menunjukkan anda pakar dalam bidang anda.  Blog mungkin memerlukan anda mempunyai kemahiran menulis, tetapi sebenarnya yang penting adalah pengikut setia cuma mahukan kandungan yang bermanfaat dan memberi impak kepada bisnes anda. 
 
7) Blog boleh mengurangkan kos pengiklanan.  Ini kerana blog adalah murah dan percuma.  

Jika anda belum ada blog untuk bisnes dan ingin belajar, kami di Akademi dari Rumah sedia membantu.  Kami akan kongsi dengan anda bagaimana blog dapat membantu bisnes anda. 
.
Mudah untuk belajar dan menggunakannya.  Jadikan blog sebagai tempat yang hebat untuk bermula.

Anda boleh bermula dengan ebook ini dahulu.


 Kami akan beri anda buku PERCUMA



Sertai kami untuk:

1) Kelas asas blog dan penulisan
2) Kelas blog dan fanpage (untuk bisnes)


Boleh emel saya di norazizahsudin@gmail.com untuk keterangan lanjut.


 








  
   


No comments:

Post a Comment