Monday, 5 August 2013

Perlu Jelas Matlamat Bekerja Di Rumah


Sumber : Ebook super wahm super mom

Cabaran paling besar adalah diri sendiri. Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

 

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan. Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah.  Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang diawal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.
 
Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa.


Dapatkan ebook di atas dengan harga istimewa.  Tiga ebook ini adalah bacaan asas.  Beli 2 ebook dapat percuma 1 ebook.

1) Ebook Asas Blog dan Penulisan
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan.  Sama ada blog persendirian dan blog bisnes.  Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai.  Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalaman dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.  
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh dan suka dibaca khalayak. 
Teknik mudah menggunakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Maha menulis tetapi tidak tahu cara? Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2) Ebook Super WAHM Super SOHO
Adalah kesinambungan dari ebook www.janawangdirumah.com 
Sangat penting untuk mengetahui setakat mana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhanti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.
 

No comments:

Post a Comment