Sunday, 25 August 2013

Rumah Terbuka


Masih di bulan Syawal.  Banyak pula jemputan rumah terbuka.  Hari ini sudah empat jemputan rumah terbuka saya pergi.  Minggu depan bermula Marhaban di lorong rumah saya.

Tahun ini kata suami, ramai kawan-kawan pejabatnya yang ingin bertandang ke rumah kami.  Jadi, saya bercadang untuk membuat makan-makan dan menjemput juga kenalan saya.  

Menghadiri rumah terbuka, menunya nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh dan rendang ayam.  Saya juga bercadang untuk membuat menu seperti di atas dan laksa Johor untuk rumah terbuka saya nanti. Saya bercadang untuk membuatnya pada 31 Ogos nanti.  

Hari raya sebulan, jadi ramailah orang yang akan membuat rumah terbuka.  Bulan Syawal adalah bulan menaikkan berat badan dan selepas itu ramailah pula yang akan mencari ubat kurus, terutama kaum perempuan.  Banyak pil kurus di pasaran dan berhati-hatilah ketika membelinya.  Jangan sebab nak kurus, maka apa sahaja yang disyorkan oleh penjual di situ, semuanya nak dibeli.  

 


No comments:

Post a Comment