Wednesday, 21 August 2013

Rutin Sebagai WAHM


Konsultan bisnes online
Saya menjalankan beberapa perniagaan, yang menjurus kepada konsultansi bisnes online dan juga pemakanan kesihatan, serta dalam proses penjenamaan semula butik barangan ibu menyusu dan bayi dan beberapa aktiviti sukarela yang saya terpaksa berhentikan seketika kerana sibuk dengan kerjaya yang lalu.

Rutin sebagai wahm
Setiap hari saya bangun jam 6 pagi, menyiapkan kelengkapan suami ke pejabat dan anakanak ke tadika. Selepas menghantar mereka, samada saya terus pulang ke rumah, atau ke pasar, atau berada di 'pejabat bergerak' saya di Suria KLCC atau The Curve untuk menyiapkan kerja-kerja. Selepas itu saya menyiapkan pesanan pelanggan serta pengurusan rumahtangga, sebelum mengambil anak dan suami pada sebelah petang.

Saya suka membaca dan masa senggang biasanya saya habiskan dengan membaca. Waktu malam biasanya masa untuk keluarga, bersama anak-anak menonton rancangan kegemaran mereka, mengajar mereka dan sebagainya. Biasanya saya akan kembali ke komputer setelah anak-anak tidur. Selalunya dalam jam 12 tengah malam ke atas.
Sukses adalah suatu ukuran yang subjektif.
Ada yang merasakan sukses bila mana mereka mendapat pendapatan yang banyak berbanding semasa bekerja makan gaji. Bagi saya sukses sebagai wanita/ibu bekerja dari rumah adalah apabila keluarga bahagia, terjaga dan ada di depan mata, punya masa untuk mendidik anak, sentiasa bersedia menjaga makan pakai dan sakit pening mereka. Rezeki wang ringgit adalah bonus atas usaha dan pengorbanan dalam perniagaan. Mungkin rezeki yang datang itu sedikit di mata kasar tetapi yang saya cari biarlah ia berkat.

Saya percaya sebagai seorang isteri, redha suami dalam membuat sesuatu urusan adalah sangat penting. Saya selalunya akan meminta pendapat suami sebelum meneruskan perancangan dalam perniagaan saya.

Motivasi dalam diri sangat penting.
Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.

Sentiasa cuba menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Bersedia menghadapi masa dimana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha.
Farah Fahizah
Sumber : http://superwahmsupermom.blogspot.com/

 
Mahu mula bekerja dari rumah? Dapatkan pakej WAHM SAHM SOHO.  Sesuai sebagai bahan bacaan asas.




Harga promosi sekarang.  Cepat sebelum kehabisan.  

Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com atau PM/Whatsapp 019-7461502

No comments:

Post a Comment