Friday, 2 August 2013

Sokongan dan Restu Suami Sangat Penting


Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom
 

Sokongan suami
Halangan pasti ada, ramai juga keluarga dan sahabat sepejabat yang menyuarakan kebimbangan dan tidak bersetuju dengan keputusan saya dah suami. Saya masih kerap bertanya lagi dengan suami, suami pula memberitahu selama ini dia yang mencari nafkah untuk kami, hampir kesemua perbelanjaan dia yang menanggungnya. Walaupun saya tahu dia ada sedikit gusar mengenai perbelanjaan tetapi dia mengizinkan dan dia adalah orang paling banyak memberi sokongan dan dorongan dalam perniagaan.

 

Akhirnya, setelah lebih kurang setahun merancang, pada bulan Februari 2012 saya menghantar surat berhenti kerja dengan sebulan notis dan March 2012 juga saya melepaskan jawatan saya. Perasaan masih bercampur baur, gembira kerana hajat didapat tercapai, sedih kerana sudah lebih 8 tahun saya bekerja disana bersama rakan-rakan. Hati ini amat tenang, gembira senyum sampai telinga dan juga ada perasaan ragu dan terfikir "boleh ke aku bagi mak dan abah setiap bulan".  Sarah, tiga tahun setengah, adalah orang yang paling gembira.
 

"Mak tak kerja hari ini Sarah" kataku kepadanya, dia menyampuk " yeay".  Hari pertama berjalan lancar, sempat bermain dan membaca buku dengannnya sambil menguruskan kerja menambah baik facebook dan blog secara  online sahaja. Pada tarikh  March 2012, saya sudah meninggalkan pejabat dan memulakan era baru di rumah.


Ebook ini sangat bagus dibaca oleh bakal suri rumah yang baru memulakan bisnes online dari rumah.  Untuk yang nak berbisnes dengan mempunyai blog dan fanpage, kami juga ada buat kelas. 

Untuk mendapatkan ebook boleh hubungi saya di :
norazizahsudin@gmail.com 

No comments:

Post a Comment