Thursday, 29 August 2013

Suara Tanpa Gambar


Sejak petang semalam televisyen di rumah tidak berfungsi dengan baik.  Suara tanpa gambar.  Semalam saya agak sibuk iaitu mengemas meja untuk dijadikan tempat kerja saya dan tempat bermain anak saya.  Ketika saya mengemas di ruangan tempat televisyen, saya telah mengalihkan suis dan plug televisyen.  Tiba-tiba gambar tiada dan selepas itu suara pula.  Hairan juga saya dengan situasi itu.  Lalu saya pun cuba membetulkan kedudukan suis televisyen, namun keadaannya masih sama.  Kali ini suara ada tetapi gambar tiada.

Bila suami balik dari kerja, dia pun telah cuba buat benda yang sama tetapi keadaan televisyen masih sama.  Maka tiadalah sesi menonton di rumah kami.  

Hajat hati hendak beli televisyen yang baru, tetapi suami kata masih boleh digunakan.  Kami telah menghantarnya untuk dibaiki.  Alhamdulillah, kata tukang baiki televisyen itu hanya rosak sedikit sahaja dan masih boleh digunakan lagi.  

Walaupun televisyen tidak rosak, saya sebenarnya terhad masa untuk menontonnya disebabkan kesibukan sebagai pelajar, pengajar dan melayan tempahan pelanggan.  Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini sudah ada pelajar yang mendaftar untuk buat blog dan fanpage.

Di samping itu juga saya sibuk mengemaskini blog dan fanpage saya.  Untuk yang berminat nak belajar, kelas blog dan fanpage bolehlah hubungi saya di norazizah sudin@gmail.com

Kami juga ada membuka ruang pengiklanan untuk yang berminat mengiklankan perniagaan online mereka. 




No comments:

Post a Comment