Friday, 2 August 2013

Super Umi


Hari ini menghabiskan masa bersama anak berjalan-jalan ke Bazaar Hari Raya di Kompleks Pasir Gudang.  Tujuan saya ke sana adalah untuk membeli sampin untuk suami dan anak.  Kuih raya pun ada dijual tetapi tidak banyak seperti tahun lepas.  

Sudah 4 bulan saya menjadi WAHM.  Alhamdulillah, walaupun pada mulanya saya kurang yakin tetapi sekarang sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana ini.  Tiada lagi berkejar masa dan trafik jam.  Sekarang ini saya dah jadi Super Umi.  Anak pun asyik mengekor sahaja ke mana saya pergi.  Tidak mahu berenggang langsung dengan saya.

Super Umi!  Gelaran yang amat saya sukai.  Kadang-kadang geram juga dengan kenakalannya, tetapi bila saya marah, pandai dia memujuk dengan memeluk dan mencium saya.  Setelah ruang tamu disepahnya, ke dapur pula mencari bahan baru untuk dimainnya.  Barang permainannya banyak yang saya beli, tetapi mungkin sebab dia dah bosan, dia telah memilih 'permainan' baru pula.  Setiap hari saya seronok menengok perkembangan dia.  Ada sahaja idea baru yang dia buat. 

Sebelum dia bangun tidur setiap pagi, saya akan menyemak pesanan pelanggan.  Juga masa untuk saya mengemaskini blog dan fanpage.  Setelah menidurkan dia pada waktu malam, barulah saya dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada bisnes online saya.  

Memang saya ni dah jadi Super WAHM Super SOHO.  Alhamdulillah, ebook ini banyak membantu saya.



Terima kasih saya ucapkan kepada sifu saya, Pn. Masayu Ahmad yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengasah bakat penulisan yang semakin baik dan lancar.  Kami mempunyai kawan-kawan dari Alumni Bekerja dari Rumah yang mempunyai blog sendiri.  Banyak ilmu, kepakaran dan minat yang dikongsikan dalam blog mereka.

 



 Untuk bersama-sama kami di dalam grup ini, kami ada:

1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Blog dan Fan Page (untuk bisnes)

Jom sertai kami sekarang!  

Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com atau PM saya di norazizah.sudin@facebook.com



No comments:

Post a Comment