Thursday, 26 September 2013

Berani Bertindak


Assalamualaikum dan selamat pagi.  Baru sahaja selesai mengemas buku-buku dan majalah-majalah lama yang hendak dipindahkan ke rak baru sebab sudah terlalu banyak di rak lama.

Sambil-sambil mengemas, membelek majalah Solusi Isu No. 41 mengenai berani berniaga (courage) yang ditulis oleh Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.  Katanya, usahawan perlu berani untuk menjadi kreatif.  Ramai orang kreatif dikritik kerana ideanya, tetapi mereka bergerak maju.  Orang yang penakut sentiasa duduk di kawasan selamat (comfort zone).  Mereka akan bekerja untuk orang lain selama-lamanya.  Meminjam kata-kata Dr. Azizan Osman, kita tidak "terpijak" kejayaan untuk capai kejayaan, tapi kita perlu berani berpijak dibumi yang nyata dengan menilai potensi diri serta bagaimana untuk memperbaikinya untuk menjejaki kejayaan sehingga mencapai matlamat.  

Malah saudara Ammar Zahar, salah seorang usahawan internet, di dalam bukunya Empayar Perniagaan Internet, menyatakan kita kena tetapkan minda dan matlamat jika kita ingin berjaya dalam bisnes online.  Bukan sekadar suka-suka.  Paling penting adalah ANDA sendiri percaya terhadap diri anda dan kepercayaan ini berkait rapat dengan cara anda berfikir.  Mesti sentiasa berfikiran positif, komitmen, momentum, tindakan, fokus, berani gagal dan tidak pernah putus asa.  

Jutawan internet, Dr. Irfan Khairi juga ada menyatakan di dalam bukunya Rahsia Seorang Jutawan Internet, rahsia untuk memotivasikan anda melakukan perniagaan adalah 'just do it'!  Jangan berlengah masa.  Masa itu emas.  Tetapi mesti ingat bahawa bisnes internet bukan skim cepat kaya.  Perniagaan internet adalah sama seperti perniagaan bukan Internet.  Anda menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri.

Setiap orang mempunyai bakat dan potensi diri.  Cuba duduk dan fikir apakah bakat dan potensi yang ada pada diri anda.  Sebagai contoh, seorang ibu tunggal sebelum berkahwin, ingin cari jalan bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan untuk menyara keluarga.  Jadi jika ada, tunjukkan minat dan potensi diri anda berdasarkan pengalaman, minat dan potensi yang ada dalam diri.  Begitu juga untuk para surirumah yang mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anak-anak.  Menurut kata Datuk Maznah Hamid dalam bukunya Motivasi Memburu Kejayaan, terdapat tiga anak kunci utama prinsip perniagaan iaitu inspirasi untuk bertindak, teknik dan kemahiran serta pengetahuan dan aktiviti.

Hapuskan perasaan takut gagal sebelum memulakannya.  Kita mulakan dengan usaha awal kita yang kecil tetapi ke arah yang betul.

Jika anda ingin cuba dan tahu apa potensi diri anda, boleh sertai kelas kami di Akademi Bekerja dari Rumah.  Kami akan analisa anda sebelum kelas bermula.

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.
 
Kami juga ada ebook tentang bisnes makanan untuk anda yang berminat untuk melibatkan dalam perniagaan makanan di samping buku Super WAHM Super MOM dan Asas Blog.  Jadikan ebook ini sebagai bacaan awal anda.



Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment