Monday, 23 September 2013

Cabaran Jadi WAHM


Jika di tanya kepada semua wanita bekerjaya, ramai yang memilih untuk duduk di rumah sambil menjaga anak.  Tidak kira apa alasan atau matlamat mereka, tetapi saya percaya jika mereka mempunyai kesungguhan, ketabahan dan kreativiti, anda benar-benar boleh membina kerjaya yang fleksibel untuk bekerja di rumah.

Banyak yang boleh dibuat samada membina blog, menjual kraftangan atau menulis, saya percaya anda boleh berjaya.  Saya harap tips di bawah dapat membantu :

1)  Sokongan
Untuk memulakan bisnes dari rumah memerlukan sokongan yang jitu daripada keluarga.  Keluarga juga boleh memberi idea tentang bisnes yang ingin dimulakan.  Tidak kira apa jenis bisnes yang ingin dimulakan, anda perlu keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk menyokong anda.  Jangan juga takut untuk mendekati orang-orang yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan sokongan dan idea.

2)  Kesediaan untuk berkorban
Mempunyai bisnes sendiri perlukan pengorbanan, samada bisnes online mahupun offline.  Menjadi seorang WAHM dan dalam masa yang sama, perlu menjaga keperluan keluarga seperti menjaga anak, menyiapkan kerja rumah seperti memasak, menyediakan sarapan dan lain-lain.  Saya sendiri pada permulaan menjadi WAHM sering bergelut dengan masa.  Saya memulakan kerja kadang kala waktu tengahari atau awal pagi.  Memang sukar pada mulanya, tetapi saya kena pandai mencari masa tambahan untuk menyiapkan kerja seperti apabila anak tidur, kadang kala saya bermula pada lewat malam dan berakhir lewat pagi.  Tetapi itulah pengorbanan yang saya ambil untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya.

Saya tidak mengatakan anda perlu berjaga sehingga lewat malam atau lewat pagi setiap hari.  Untuk permulaan, inilah pengorbanan yang perlu diambil tetapi jika bisnes sudah berjaya, momentum kita untuk berjaya pun akan lebih bertenaga.

3)  Fokus
Jika ingin berjaya, kita perlu fokus tidak kira dalam apa juga perkara yang kita lakukan.  Barulah nampak hasilnya.  Saya pun kadang kala tidak dapat memberi fokus yang sepenuhnya kepada kerja saya kerana banyak gangguan.  Memilih matlamat yang jelas dapat memberikan anda fokus terhadap kerja anda dan apa yang anda inginkan dalam hidup.  Saya ada matlamat dalam bisnes online.  Jadi jika anda juga seperti saya, kenalah fokus dan belajar bagaimana untuk fokus. 
 
4)  Percaya kepada diri sendiri
Keyakinan diri amat penting jika ingin berjaya.  Mempunyai keyakinan yang kuat dengan kebolehan sendiri akan membuatkan anda boleh pergi jauh di dalam apa juga perkara yang anda ceburi.  Jangan perkecilkan kebolehan sendiri.  Tunjukkan kebolehan dan skil yang anda ada.  Ini akan memberi inspirasi kepada diri anda sendiri.

Keyakinan diri bukan sesuatu yang anda boleh dapat daripada orang lain.  Apabila anda memberi tumpuan kepada matlamat anda, dari semasa ke semasa keyakinan anda akan membantu untuk mencapai apa yang anda mahu.  

Saya ingin kongsikan apa yang saya baca dari buku Motivasi Memburu Kejayaan hasil karya Datuk Maznah Hamid.  Matlamat adalah kompas kehidupan.  Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.  

Tanpa keyakinan diri, adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang kita cita-citakan.  Tanpa keyakinan juga kita tidak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada dalam diri kita.  Oleh itu, walaupun anda hanya seorang surirumah, tidak bererti anda tidak boleh berjaya.  Tunjukkan kebolehan anda.

Jika anda seorang surirumah dan mempunyai matlamat dan keinginan untuk berjaya, apa kata anda kongsikan bersama saya di Akademi Bekerja Dari Rumah.  Kami sedia membantu dan memberi anda jalan untuk berjaya.  InsyaAllah, jika anda komited, fokus, percaya kepada diri sendiri, apa yang anda inginkan akan tercapai.

Anda cuma perlu jawab analisa dan kami akan mengajar berdasarkan analisa anda.   Kami menawarkan dua kelas iaitu :

1) Kelas asas blog penulisan
2) Kelas asas blog fanpage
 


Hubungi saya untuk info selanjutnya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502













No comments:

Post a Comment