Saturday, 21 September 2013

Cepatnya Hari Sabtu


Seronoknya pagi ni. Buka tingkap, buka pintu, dengar bunyi burung berkicau, siram pokok dan menyapu laman. Ayam berkokok sahaja yang tak ada.  Waktu begini rindu pula suasana kampung.

Baju masih dibasuh oleh mesin basuh. Pinggan mangkuk dibasuh guna tangan sebab tiada mesin basuh pinggan.  Selepas ini buat sarapan.  En. suami jam 6.00 pagi sudah pergi kerja.  Dia tidak bersarapan pagi ini sebab pagi-pagi sudah sakit perut.  Semalam masak tomyam.  Mungkin sebab salah tomyam tetapi katanya dari pejabat lagi perutnya rasa lain macam.  Jadi tomyam tidak bersalah.  Sementara anak masih tidur, saya nak buat kue teow goreng.  Bila dia dah bangun, kami akan bersarapan bersama di tepi laman rumah sambil mendengar kicauan burung.  Seronoknya. 

Cepatnya masa berlalu.  Sudah hari Sabtu.   Esok Ahad petang ada majlis Yaasin di rumah jiran. 

Selamat pagi semua dan selamat bekerja untuk semua yang bekerja di ofis atau di rumah samada WAHM, SOHO atau SAHM.

No comments:

Post a Comment