Wednesday, 4 September 2013

Jana Pendapatan Bersama Blog


Mata belum mengantuk lagi.  Banyak kerja perlu disiapkan seperti mengemaskini blog dan fanpage, menyemak  pesanan pelanggan dan menulis catatan kerja untuk hari esok.  Kerja saya bermula setelah anak sudah masuk tidur dan barulah boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja saya.  

Banyak projek yang saya impikan dan perlu disiapkan untuk tahun 2013 ini.  2014 bakal tiba dalam masa 3 bulan lagi.  Jika tidak dapat disiapkan di tahun 2013 ini, saya mesti habiskan di tahun 2014 nanti.  Sejak jadi suri rumah sepenuh masa, banyak projek yang saya fikirkan.  Ada juga yang saya ingin kongsikan bisnes ini bersama sahabat baik saya, seorang ibu tunggal.  Semoga niat saya untuk membantunya menjadi kenyataan.  

Ramai yang berminat untuk menjadi suri rumah dan menjana pendapatan tambahan.  Hari ini saya mendapat seorang lagi pelajar baru.  Tujuan mereka adalah untuk membantu suami dan menambah pendapatan keluarga.  

Untuk yang minat bisnes dan tidak tahu bagaimana hendak mengembangkan bisnes mereka, boleh belajar membina blog dan fanpage bersama saya.  Kami akan ajar anda sepenuh masa secara online.  






Bacaan ebook di atas sebagai panduan asas sebelum bermula kelas.  Ada bonus istimewa iaitu pakej pengiklanan bernilai RM100 juga diberi kepada anda yang mendaftar.

Sempena bulan promosi, setiap pendaftaran layak :  
1) Mendapat dua ebook percuma - ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah).  
2) Pakej penjimatan sebanyak RM75.  
3) Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM100.


Kelas asas blog yang sedang berlangsung di Akademi Bekerja di rumah ini ada dua kategori iaitu :

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.

Hubungi saya untuk analisa sebelum masuk kelas.

Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502




No comments:

Post a Comment