Saturday, 28 September 2013

Keinginan Untuk Berjaya


Bismillah.  Sambil melayan anak mandi kolam di laman rumah, saya membaca majalah Anis Bil 176 mengenai peluang bisnes daripada hobi dalam segmen wanita dan bisnes yang ditulis oleh Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina.  Sebelum ini saya pernah menulis mengenai artikel tentang ini.

Banyak idea yang boleh dijadikan bisnes dari rumah.  Saya mempunyai rakan yang masih bekerja tetapi dia amat berminat di dalam bidang kecantikan.  Dia selalu mengatakan bahawa dia sudah penat bekerja dan ingin mempunyai bisnes sendiri.  Lalu saya telah mencadangkan kepadanya dia masih boleh membuat kerja sambilan setiap hari minggu untuk menambah pendapatan di samping memenuhi minatnya di dalam bidang yang diminatinya.  Yang penting kemahuannya untuk menuntut ilmu dan ingin mencapai impiannya.  Lalu saya mencadangkan kepadanya untuk mengikuti kursus kecantikan di sini.

Kursus ini dijalankan di Johor Bahru.  Jadi untuk surirumah yang berminat di dalam bidang kecantikan dan ingin belajar, boleh mengikuti kursus di tempat tersebut.  Apabila tamat kursus nanti boleh membuat sambilan dari rumah.  Tiada alasan untuk berjaya.  Sebab itulah kita perlu kreatif berfikir untuk mendapatkan pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan kehidupan agar lebih selesa.  Untuk surirumah atau mereka yang berada di Kuala Lumpur, saya cadangkan di Jom Cantik.  Ini adalah bengkel program usahawan yang berminat di dalam bisnes spa atau mobile spa.  Selain dari KL, kursus ini juga diadakan di seluruh negeri seperti di Kedah, Perak dan Kuantan.  Hubungi nombor telefon tertera dan dapatkan maklumat lanjut.

Sebenarnya ramai surirumah yang mempunyai bakat terpendam.  Jadi saranan saya serlahkan potensi diri anda.  Terjemahkannya di dalam bentuk pendapatan, samada pendapatan aktif atau pendapatan pasif.  Pendapatan aktif ini pendapatan kekal atau yang diperolehi secara tetap setiap bulan seperti menjual baju, menjahit, membuat kuih, menjahit manik dan lain-lain manakala pendapatan pasif pula diperolehi dengan bekerja sekali, kemudian menerima bayaran secara berterusan atau dalam tempoh waktu yang panjang, sebagai contoh ebook.  

Sekiranya berminat, kami menawarkan kelas untuk yang ingin belajar.  Kelas ini dijalankan secara online dan masa fleksibel.  Masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesesuaian peserta.  Sebelum kelas bermula, kami akan membuat analisa untuk melihat minat dan kepakaran masing-masing. Ebook asas blog akan dijadikan rujukan.  Setiap persoalan mengenai kelas akan diajukan digrup di FB.  Saya memahami bahawa tidak semua peserta adalah surirumah, jadi sebab itulah masa mengikut ketetapan peserta.  Malah surirumah pula sibuk dengan urusan keluarga.   

Pendaftaran untuk kelas ini  dibuka setiap hari :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)

Blog yang akan ditulis adalah mengikut kepakaran peserta.  Kami di akademi akan sentiasa membantu untuk mempromosikan blog masing-masing untuk menarik trafik pembaca.  Yang penting setiap entri di tulis itu menarik perhatian pembaca.  Kena luangkan masa 10 ke 15 minit membuat entri setiap hari agar pembaca tidak bosan membaca entri yang sama setiap kali membuka blog anda. 

Akademi ini telah berjaya menghasilkan bakat terpendam pelajar seperti membuat ebook, menjadi kolumnis jemputan di majalah dan menjadi jemputan di media sosial.  Semoga niat kami untuk membantu surirumah dan suri bekerjaya menambah pendapatan keluarga di berkati Allah SWT, di samping menjana pendapatan ekonomi negara.

Untuk yang berminat, boleh PM saya Norazizah Sudin untuk analisa dan pendaftaran.


No comments:

Post a Comment