Monday, 9 September 2013

Kursus HEARTS


Hari ini adalah hari pertama saya mengikuti Modul 1 dan Modul 2 untuk program HEARTS di Kelana Jaya, Selangor.  Ingin tahu apa itu HEARTS?  Boleh lihat sini untuk selanjutnya.

Kelas saya ada 14 orang sahaja.  Kebanyakan dari peserta terdiri daripada suri rumah yang telah lama berhenti kerja.  Masing-masing mempunyai kelayakan akademik yang baik seperti mempunyai ijazah dari luar negeri dan dalam negeri tetapi disebabkan mahu memberi tumpuan untuk keluarga, mereka telah mengambil keputusan berhenti kerja.  Ada yang ingin menjaga anak sendiri, menjaga anak yang kurang upaya, masalah orang gaji, masa bersama anak terhad dan lain-lain lagi.  Ada yang melebihi daripada 10 tahun, tetapi disebabkan masing-masing ingin menambah ilmu pengetahuan di samping pendapatan, mereka mengikuti program HEARTS. Kami diberi tugasan membentangkan kertas kerja bertajuk cabaran menjadi suri rumah.  Banyak fakta yang kami bentangkan seperti tiada masa untuk diri sendiri, tiada gaji, tiada cuti tahunan, tiada cuti sakit, bajet yang terhad dan pelbagai informasi lagi.  Suri rumah sekarang tidak lagi seperti suri rumah zaman ibu bapa kita, iaitu hanya duduk di rumah sahaja menjaga anak-anak.

Saya sendiri baru menjadi suri rumah sejak 5 bulan lepas.  Pada mulanya saya seperti keliru dan kadang kala tidak percaya bahawa saya telah menjadi suri rumah sepenuh masa.  Tetapi setelah masuk bulan ke dua, saya telah dapat menyesuaikan diri dan berjaya melalui fasa tersebut.  Tiada istilah bosan menjadi suri rumah.  Banyak kerja rumah yang perlu saya buat dan juga kerja sambilan saya sekarang.  Alhamdulillah, saya telah mendapat ramai kawan melalui facebook, grup, rakan HEARTS, rakan Akademi Bekerja dari Rumah dan lain-lain.  

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh suri rumah buat dari rumah seperti menjadi dropship, affliate, bina blog, bina fanpage, kelas membuat kek, jahitan manik, terjemahan dan lain-lain.  

Sempena bulan promosi, untuk yang berminat menjana pendapatan dari rumah seperti saya, boleh ikuti : 
1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.
 


Setiap pendaftaran layak :
1) Mendapat dua ebook percuma - ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah).
2) Pakej penjimatan sebanyak RM75.
3) Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM 100.


Hubungi saya untuk analisa sebelum masuk kelas. 
Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502

No comments:

Post a Comment