Saturday, 14 September 2013

Mencapai Matlamat Bisnes Dari Rumah



Saya mempunyai matlamat dan impian tertentu dalam menjalankan bisnes dari rumah.  Matlamat ini samada dalam bentuk kewangan, peribadi atau hanya melibatkan aspek tertentu dalam bisnes seperti membina laman blog yang berkesan sebagai contoh.  Menetapkan matlamat kadang kala boleh menjadi sukar kerana kita merasa tertekan dengan apa yang ingin kita capai.  

Pada pendapat saya tips berikut dapat membantu anda yang ingin bekerja dari rumah :

1) Matlamat dari segi wang
Tanya diri anda berapa banyak wang yang anda perlukan dalam tempoh seminggu, sebulan dan setahun.  Matlamat kewangan berbeza untuk semua orang.  Tetapkan matlamat ini dari segi jangka pendek dan jangka panjang.  

2) Strategi
Jika anda telah mempunyai matlamat berapa banyak wang yang anda inginkan, maka anda telah ada strategi untuk mencapai target anda.  Sebagai contoh, jika matlamat anda adalah untuk memulakan bisnes dari rumah seperti membuat kek, maka strategi anda membuat 10 jenis kek sebagai permulaan dan mula menjual kek tersebut dalam bulan pertama.

Jadi, anda perlu memberi keutamaan dan meluangkan masa untuk membuat kek dan menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk membeli bahan-bahan, membina blog dan diselitkan dengan iklan.  Nampak mudah tetapi strategi yang betul perlu direalisasikan.

3) Masa
Pandai membahagi masa untuk keluarga dan bisnes anda.  Sebagai contoh, ketika anak-anak di sekolah atau anak-anak kecil sedang tidur, anda boleh mula menumpukan perhatian untuk bisnes anda. 

Mencapai matlamat lebih mudah dicapai jika anda benar-benar ikut strategi dan tahu apa yang ingin dicapai. Simpan semua rekod urusan bisnes anda, perbelanjaan dan pendapatan.  Anda perlu ada pelan pemasaran untuk memberitahu orang ramai tentang bisnes anda.

Alhamdulillah, matlamat dan impian saya untuk membina blog dan fanpage bisnes telah terlaksana.  Di samping itu saya juga boleh mendapat pendapatan pasif dan aktif melalui blog.  Untuk permulaan, jika anda  berminat untuk merealisasikan impian anda dengan bekerja dari rumah, boleh sertai kami di Akademi Bekerja dari Rumah.  





Jika anda minat dalam bidang pakaian dan bercita-cita untuk membuka butik, anda boleh bermula dengan ebook di atas.  

Untuk mendaftar, boleh :
Emel saya norazizahsudin@gmail.com 

Realisasikan minat anda. 







No comments:

Post a Comment