Friday, 6 September 2013

Mudahnya Bisnes Online


Semasa saya bermula dengan bisnes online, saya tiada produk.  Saya minat bisnes, tetapi tidak tahu di mana dan bagaimana hendak bermula.  Saya pun mula mencari di internet dan membaca buku-buku tentang bisnes.  Pelbagai maklumat yang saya dapat dan salah satu adalah dropship.  Banyak produk dropship boleh di jual seperti pakaian, beg tangan, makanan, buku dan lain-lain.  Ada yang percuma dan berbayar.  Saya bermula dengan yang percuma. 

Penting untuk kita mencari sesuatu produk yang boleh dijual dan menjadi kegemaran ramai.  Anda perlu membuat sedikit kajian tentang produk tersebut.  Rajin mencari maklumat, boleh cuba dahulu untuk diri sendiri dan barulah mula menjual.  Jadi bila pelanggan tanya, senang untuk kita memberi pandangan.  Kebiasaannya produk yang panas adalah produk yang menawarkan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah.  Sebagai contoh, produk kesihatan dan kecantikan yang sentiasa mendapat pasaran yang luas.  Ini ialah kerana hampir setiap manusia ingin kelihatan cantik dan hidup dengan sihat. Jangan malas untuk cari maklumat. 

Kita kena cari pembekal dropship yang boleh dipercayai.  Ini penting untuk menjamin kelancaran bisnes kita kelak, supaya tiada salah faham berlaku antara anda dan pelanggan.  Semak rekod prestasi pembekal yang kita ingin bekerjasama ini.  Jika baik, teruskan dan jika tidak jangan pilih. 

Untuk memasarkan produk, kita perlu ada kedai, samada kedai alam maya atau kedai fizikal.  Seperti saya, saya lebih suka memasarkan produk di Facebook dan blog.  Kenapa Facebook?  Setakat pemerhatian saya dan ramai telah menyedari bahawa Facebook ialah medium pemasaran yang sangat berkesan dan murah di samping percuma.  Blog juga percuma.  Sebab itulah saya suka Facebook dan blog.

Dropship juga percuma.  Jadi tiada sebab anda tidak boleh menjadi seperti saya.  Jika anda ada impian untuk mempunyai bisnes sendiri, bermulalah dengan drosphip dahulu.  Setelah mendapat keuntungan dari hasil jualan dropship, anda boleh bermula untuk meneruskan menjadi pembekal atau sebaliknya.  Jangan beri alasan tidak tahu untuk bermula.  Saya telah beri jalan dan pilihan di tangan anda.

Untuk yang berminat dan ingin belajar buat blog, sempena bulan promosi, setiap pendaftaran layak :  
1) Mendapat dua ebook percuma - ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah).  
2) Pakej penjimatan sebanyak RM75.  
3) Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM100.

Kelas asas blog yang sedang berlangsung di Akademi Bekerja di rumah ini ada dua kategori iaitu :

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.

Hubungi saya untuk analisa sebelum masuk kelas.

Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502









No comments:

Post a Comment