Saturday, 14 September 2013

Pandangan Mengenai Akademi Bekerja Dari Rumah


Ramai rakan-rakan bertanya kenapa saya berhenti kerja?  Jawapan saya mudah, iaitu mahu menjaga anak dan buat bisnes online dari rumah.  Ada di antara mereka yang memandang sinis dengan jawapan saya.  Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat dan saya tahu apa yang saya kehendaki untuk mencapai impian saya. 

Masing-masing mempunyai tafsiran tersendiri mengenai istilah ini.  Suri rumah zaman kini bukan seperti zaman ibu bapa kita dahulu.  Suri rumah sekarang terdiri daripada golongan profesional yang ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Bisnes online memang telah menjadi minat saya sejak dahulu dan saya telah memulakannya secara sambilan sewaktu bekerja cuma tidak tahu bagaimana hendak mempelbagaikan bisnes saya dengan cara yang betul.  Bermacam-macam bisnes saya buat seperti dropship, affiliate, menjual baju online, beg tangan dan lain-lain.  Alhamdulillah, saya telah diperkenalkan tentang Akademi Bekerja dari Rumah oleh rakan FB saya, Pn. Anis Idayu Zakaria.  Beliau telah memperkenalkan saya kepada pengasas online akademi ini dan juga merupakan penulis buku Jana RM dari Rumah.  Beliau seorang yang sangat membantu dan sentiasa memberi motivasi untuk kami terus bekerja dengan lebih efektif lagi.
 


Apakah Akademi Bekerja Dari Rumah?  Akademi ini sebenarnya bertujuan untuk melatih kaum suri mahupun hawa yang sedang bekerja supaya mencari peluang bekerja di rumah. Khas buat kaum suri, Akademi ini menawarkan tenaga pengajar yang bersedia memberikan khidmat coaching online untuk membantu kaum suri memulakan perniagaan di dalam talian. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah dan inilah yang menjadi fokus utama penubuhan Akademi Bekerja Dari Rumah.  Antaranya adalah melalui perniagaan dalam talian (business online) melalui platform blog dan facebook.  Bagi yang suka menulis bolehlah mencuba untuk menjual e-book secara dalam talian. 





Akademi ini juga telah membuka peluang kepada saya untuk menjadi dropship dengan menjual produk makanan sunnah dan buku-buku secara online.  Kami di ajar bagaimana untuk membuat promosi dan sentiasa komited untuk mendapatkan pendapatan pasif dan aktif melalui produk digital dan fizikal.  Subhanallah, banyak rupanya yang saya masih ketinggalan di dalam bisnes online dan baru kini saya tahu bagaimana untuk ‘menjual’ dengan cara yang betul setelah menyertai akademi ini.

Setelah saya lulus menjadi seorang pelajar, saya telah dinaikkan pangkat menjadi guru online.  Setakat ini akademi telah mempunyai 7 orang guru online.  Ilmu yang saya pelajari dapat saya kongsikan bersama dua orang pelajar saya.  Kedua-dua pelajar saya masih bekerja dan mempunyai pendidikan tinggi, tetapi oleh kerana mereka ingin menambahkan pengetahuan di dalam bisnes online dan minat untuk belajar dari bawah, mereka telah mengambil peluang ini.  Hanya ucapan terima kasih yang dapat saya ucapkan kepada mereka dan semoga mereka dapat mempraktikkan semua ilmu yang telah dipelajari.  Semoga ikatan persahabatan kita akan berterusan walaupun di alam maya.

Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang suri rumah yang dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan juga kepada negara.   Mengikut bancian, suri rumah di Malaysia adalah seramai 40,000 orang dan saya salah seorang daripadanya.  Jadi matlamat saya adalah dapat mencapai target untuk lebih profesional dengan mengukuhkan lagi bisnes online, blog dan menjadikan blog berpengaruh di kalangan pembaca.  Saya ingin lebih agresif menjana pendapatan pasif dan aktif melalui penjualan ebook, mendapat pendaftaran baru setiap hari dan membuka ruang pengiklanan di SOHO Directory.  Di samping itu, jika boleh  membuka kelas di rumah kepada mereka yang ingin belajar tentang bisnes online.  Semuanya boleh menjadi realiti jika kita berimpian dan yakin dengan apa yang ingin kita capai.

Ada di kalangan kami pelajar di akademi telah berjaya menerbitkan ebook sendiri, menjadi jemputan di media elektronik dan menjadi kolumnis di majalah.  Malah blog juga telah mencanak naik dengan begitu cepat.  Terima asih kepada sifu kami yang tidak pernah jemu memberi mood dan motivasi untuk terus berkarya di blog masing-masing.

Dengan penambahan gajet yang semakin canggih dan kenaikan harga barang, ramai suri rumah mahu pun orang ramai ingin mencari pendapatan tambahan untuk menampung keperluan isi rumah.  Kaum suri rumah juga telah mencari sumber pendapatan tambahan seperti membuat kuih, menjual nasi lemak, menjahit baju dan lain-lain pendapatan sampingan lain untuk membantu suami masing-masing.  Zaman sekarang ramai suri rumah yang celik IT dan tahu menggunakan internet dan komputer, cuma tiada masa untuk menggunakannnya disebabkan kekangan masa dengan keluarga.

Oleh itu, untuk yang mahu keluar dari zon selesa dan berubah, kami telah menyediakan tapak dan anda yang akan bermula membina bangunannya.  Ibarat jangan letakkan telur di dalam satu bakul sahaja.  Banyak ilmu yang akan diperolehi dan produk untuk dijual kami sediakan.  Sertai kelas kami dan anda akan tahu jawapannya.  Tidak  mustahil anda boleh jana pendapatan RM3k sebulan walaupun hanya dari rumah.  Yang penting anda fokus dan konsisten. 

Untuk sertai kami, hubungi saya di : 
norazizahsudin@gmail.com 
SMS/Whatsapp : 019-7461502
FB : Norazizah Sudin

No comments:

Post a Comment