Tuesday, 3 September 2013

Promosi Bina Blog


Promosi kelas belajar blog dan fanpage masih berlangsung.  Sejak saya belajar bina blog, hasil penulisan juga semakin bertambah baik.  Banyak yang saya belajar dari kelas ini.  Daripada tidak pandai, Alhamdullilah sekarang saya sudah pandai bina blog. Terima kasih kepada Pn. Masayu Ahmad, pengasas kelas online Akademi Bekerja dari Rumah.

Banyak yang saya pelajari sejak menjadi suri rumah.  Dahulu saya bosan duduk di rumah tanpa membuat sebarang pekerjaan.  Sekarang masa saya lebih teratur.  Saya juga sudah mempunyai kerja tetap di rumah, iaitu membina blog, menyemak pesanan pelanggan, temujanji dengan pelanggan dan lain-lain urusan.  Kadang kala saya akan keluar makan tengahari dengan kenalan atau pelanggan saya.  

Saya pasti ramai di luar sana pernah cuba-cuba untuk belajar membina blog, seperti saya dahulu.   Ramai yang ingin belajar bina blog tetapi mungkin mahal dan tiada bajet.  Pernah mengupah orang yang mahir untuk membina blog, terutamanya blog kedai untuk bisnes. Sejak wujudnya facebook, ramai peniaga yang bertindak untuk membuat pasaran melalui online dan pastinya mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya satu blog sendiri.

Di Akademi Bekerja di Rumah ini, kami menawarkan kelas belajar membina blog secara online sahaja iaitu atas talian. Tidak perlu menghadirkan diri ke mana-mana tempat. Hanya yang perlu ada talian internet, komputer, kesanggupan untuk belajar, kosongkan minda untuk menyerap ilmu.  Niat kami di Akademi Bekerja dari Rumah untuk mengajar seberapa ramai surirumah untuk menjana pendapatan dari rumah.  Cara ini memang cukup senang dan mudah kerana kami faham kebanyakan surirumah memang tiada peluang untuk menghadiri bengkel atau kelas di luar kerana perlu menjaga anak-anak di rumah ataupun bekerja di pejabat. Semoga dengan adanya saluran ini, lebih ramai wanita yang dapat menjana pendapatan tambahan untuk keluarga. 

Sempena bulan promosi, untuk yang berminat menjadi seperti saya, setiap pendaftaran layak :
1) Mendapat dua ebook percuma - ebook Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook Super WAHM Super Mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah).
2) Pakej penjimatan sebanyak RM75.
3) Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM 100.

Kelas asas blog yang sedang berlangsung di Akademi Bekerja di rumah ini ada dua kategori iaitu :

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.

Hubungi saya untuk analisa sebelum masuk kelas.

Email : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502





No comments:

Post a Comment