Monday, 16 September 2013

Sakit Urat


Semalam saya telah menghadiri Ledakan Seminar Facebook 5.0 oleh Saudara Ammar Zahar di 11@Century Hotel, Johor Bahru.  Banyak ilmu yang dikongsikan oleh beliau.  Walaupun masa singkat, iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, dapat juga saya menimba ilmu online darinya untuk digunakan dalam bisnes onlines.  Saya harap satu hari nanti saya dapat hadiri kelas yang dianjurkan oleh beliau di Akademi Jootawan.  Ramai peserta terdiri daripada mereka yang telah mempunyai bisnes online dan juga yang tiada pengalaman dalam bisnes online.  Di samping menghadiri seminar, saya juga telah mendapat rakan baru.  Alhamdulillah, rakan baru ini telah berminat untuk mendaftar kelas blog saya.  

Setelah tamat seminar, saya ke Felda Taib Andak melawat sepupu suami yang meninggal dunia akibat kemalangan di Machap.  Jenazahnya dikebumikan setelah solat Asar.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman.

Selesai urusan pengebumian, saya balik ke kampung suami di Felda Bukit Permai.  Sebelum itu, kami singgah di rumah adik ipar di Kulai.  Akibat kelaparan sebab tidak sempat bersarapan, 3 pinggan soto dapat saya habiskan di rumahnya.  Setelah maghrib, barulah kami bertolak ke kampung suami.  

Sejak 3 hari lalu leher saya sakit sebab tersalah urat.  Mungkin salah bantal agaknya.  Mengikut petua orang-orang tua, untuk hilangkan salah bantal, kena tepuk bantal depan belakang sebanyak 3 kali.  Entah betul atau tidak.  Pernah juga saya cuba buat dulu, tapi tidak berhasil.  Salah tepuk rasanya.  Jadi, pagi tadi saya telah ke Simpang Renggam bersama suami dan bapa mertua untuk berurut.  Alhamdulillah, sudah kurang sakit.

Selepas Asar kami bertolak balik ke Pasir Gudang.  Sampai di tol Skudai, jalanraya sesak.  Kereta rosak rupanya.  Itulah Malaysia, kereta rosak atau kemalangan, mesti jalanraya sesak.  Bukan sebab hendak menolong tetapi hendak melihat.  Rakyat Malaysia memang amat prihatin.  

Alhamdulillah, sampai di Pasir Gudang dengan selamat.  Tiada lagi sakit urat.  Semoga boleh tidur dengan nyenyak malam ini dan mimpi yang indah-indah bersama suami dan anak.

Selamat malam semua. 

Untuk yang masih berminat untuk belajar kelas blog dan fanpage untuk bisnes, boleh daftar dengan saya. Promosi bulan September masih berjalan.  

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk keterangan lanjut.

 

No comments:

Post a Comment