Wednesday, 11 September 2013

Tiada Alasan


Cerita saya bersambung tentang Modul 2 pula.  Hari kedua kami dikehendaki membuat projek bisnes dari barangan terpakai.  Banyak produk yang kami dapat hasilkan seperti membuat beg dari kain perca, botol hiasan, baju terpakai yang dihiasi dengan manik dan lain-lain.  Idea kami kreatif dan boleh dikomersialkan, tetapi disebabkan kesibukan dengan keluarga, masa kami sebagai suri rumah amat terhad.  Namun setelah tamat kedua-dua modul, kami telah diberi pendedahan bagaimana untuk mengaplikasikan hasil kerja kami.  

Banyak pendedahan yang telah saya dapati dari kursus singkat dan padat ini.  Walaupun selama dua hari, ramai kawan baru saya temui.  Masing-masing telah mendapat idea dan bersemangat untuk memulakan bisnes mereka bermula dengan skala kecil dahulu.  

Banyak sebenarnya yang boleh diceburi oleh suri rumah yang ingin menambah pendapatan dari rumah.  Jangan jadikan alasan jika mempunyai keinginan untuk berjaya.  Cari mentor yang betul jika anda ingin berjaya tidak kiralah jika anda suri rumah atau para usahawan yang telah berjaya.  

Jangan mudah putus asa, jangan beri seribu alasan jika ingin berjaya, jelas dengan matlamat anda dan jangan berasa selesa dengan diri anda.  Ini adalah di antara ciri-ciri orang yang ingin berjaya.  Keluarkan diri anda yang sebenarnya dan buang segala sikap malu dan rasa rendah diri.  Tebalkan muka anda jika ingin berjaya.  Cari dan gali ilmu dari orang-orang yang telah berjaya.  Hadiri seminar atau kursus tentang bisnes.  

Sebagai contoh, jika anda minat bisnes pakaian, boleh dapatkan bacaan tentang bisnes butik.  Teroka bidang ini dan mulakan pembacaan anda dengan kisah inspirasi usahawan yang telah berjaya dalam bisnes ini samada secara offline atau online.  


 
 
Pakej WAHM SOHO - panduan mula bisnes butik ini hanya bernilai RM125 sahaja.

Emel : norazizahsudin@gmail.com
SMS / Whatsapp : 019-7461502

 

 





 



No comments:

Post a Comment