Wednesday, 2 October 2013

Akademi Bekerja Dari Rumah


Bismillah.  Alhamdulilah.  Pagi ini begitu tenang cuaca di luar.  Kedengaran kicauan burung di luar rumah.  Walaupun tiada kokok ayam, namun suara burung pun sudah cukup membuat saya gembira hari ini, ditambah pula dengan berita gembira dari suami malam semalam.  Alhamdulillah, rezeki dari Mu Ya Allah. 

Menjadi seorang WAHM adalah keseronokkan yang amat bererti buat saya.  Setiap hari apabila anak bangun dari tidur, celik mata sahaja wajah saya yang dilihat.  Tiada lagi terkejar-kejar bangun pagi untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.  Masa bersamanya adalah satu nikmat yang sungguh indah.  

Semasa saya mencari-cari untuk belajar bina blog dan lain-lain produk dropship, saya diperkenalkan dengan Akademi Bekerja Dari Rumah.  Banyak yang dipelajari di akademi ini.  Antaranya :

1)  Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal.  Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
2)  Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca / bakal pelanggan.
3)  Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
4)  Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
5)  Bergabung dengan lebih ramai blogger, lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
6)  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara.   Menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
7)  Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
8)  Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Di dalam kelas asas blog penulisan dan fanpage juga kita melakukan analisa soalan sebelum kelas bermula.  Tujuannya untuk kita melihat kemahiran, minat, dan kepakaran seseorang sebelum mula menulis dan membina kedai blog.  

Soalan analisa diberi supaya peserta faham dan tahu matlamat mereka sebenar.  Soalannya adalah seperti berikut:
1)  Nama mengikut kad pengenalan
2)  Pendidikan
3)  Pengalaman kerja
4)  Pengalaman bisnes 
5)  Minat, kemahiran, kepakaran
6)  Buku, jenis bahan bacaan yang suka dibaca
7)  Nyatakan URL blog sedia ada dan fan page 
8)  Matlamat untuk menghadiri kelas ini

Hasil dari kelas ini, ada pelajar yang telah berjaya mempunyai ebook sendiri, seperti ebook bisnes makanan.  Kami juga mempunyai ebook bisnes butik untuk yang minat menjahit dan mempunyai keinginan untuk membuka butik secara offline mahupun online.  Banyak panduan terdapat di dalam ebook ini.




Jika ingin mendapatkan ebook ini, boleh baca kandungannya di sini dan isi borang tempahan.

Untuk yang ingin masuk kelas belajar bina blog, penulisan dan fanpage, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com

Segera bertindak jika anda ingin berjaya. 

No comments:

Post a Comment