Tuesday, 1 October 2013

Azam 2013


Bismillah.  Hari ini saya melihat kembali apa yang saya tulis di dalam diari 2013.  Setiap tahun baru azam pun mesti baru.  Jika tidak tercapai di tahun tersebut, akan dibawa ke tahun hadapan.  Senarai yang saya tulis untuk tahun 2013, ada yang telah dicapai dan ada yang belum.  Untuk yang belum, mesti saya bawa ke tahun 2014. 

April 2013 saya telah sepenuhnya bergelar WAHM.  Salah satu dari azam telah tercapai.  Saya perlu lebih fokus dan komited agar momentum seorang WAHM kekal.  Tiada istilah sekerat jalan.  Bisnes online yang saya usahakan telah menampakkan hasil walaupun tidak sehebat Dr Irfan Khairi atau Ammar Zahar.  Untuk menjadi sehebat mereka, saya perlu lebih gandakan usaha dan banyak belajar ilmu bisnes internet dari mentor yang  betul.

Belajar buat blog adalah salah satu dari cara untuk mendapatkan pelanggan.  Perlu sentiasa kemaskini blog dan tajuk juga biar menarik.  Jangan syok sendiri. 

Oktober bakal berlalu dan dua bulan lagi tahun baru, 2014 akan tiba.  Saya pasti ramai surirumah atau suri bekerjaya yang mencari-cari cara untuk menambah pendapatan.  Banyak bahan bacaan yang kami di akademi sediakan sebagai rujukan bagi yang ingin bermula.  Kami ada ebook bisnes makanan, bisnes butik, bina blog, bina fanpage dan lain-lain.  Untuk yang suka berblogging, boleh bina blog untuk berkongsi maklumat atau apa sahaja yang ingin dikongsikan.  Untuk yang suka memasak atau menjahit boleh berkongsi mengenai masakan atau menjahit.

Jika azam 2013 ingin membuka butik tetapi tidak tahu bagaimana dan di mana hendak bermula, ebook bisnes butik boleh dijadikan rujukan.  Ramai surirumah yang pandai menjahit baju, menjahit manik, menjahit tudung, menjahit cadar dan lain-lain yang berkaitan dengan jahitan.  Cuma tidak tahu bagaimana hendak bermula.  Ebook ini banyak panduan di dalamnya seperti di mana boleh mendapatkan sumber bekalan semulajadi, pendaftaran bisnes, modal dan pasaran.  Tidak rugi anda membaca jika anda minat untuk menjadikan bisnes pakaian sebagai sumber pendapatan. 

Bidang jahitan luas pasarannya.  Anda juga boleh membina blog untuk mendapatkan pasaran.  Bisnes butik boleh dibuat secara offline atau online.  Sekarang ini zaman teknologi dan internet merupakan medium pasaran yang telah menjangkau dunia.  Semuanya dihujung jari.




Untuk mendapatkan ebook bisnes butik, boleh mengisi borang tempahan di sini

 





No comments:

Post a Comment