Saturday, 19 October 2013

Bayar Bil Online


Sejak suami bekerja di Tanjung Pelepas Port (PTP) dan saya menjadi seorang WAHM, segala urusan rumah termasuk membayar bil semuanya saya yang uruskan.  Hari minggu pun dia perlu bekerja.  Setiap hari dia balik lewat.  InsyaAllah awal tahun depan, dia akan ditugaskan ke luar negara pula.  Bermakna tanggungjawab saya semakin besar dalam urusan rumahtangga. 

Semasa bekerja dahulu, semua urusan bil diurus oleh suami.  Sekarang giliran saya pula.  Pernah dulu semasa suami bertugas di luar, saya suka membayar secara online.  Mudah dan jimat.  Saya lebih suka cara ini sebab tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat.  Sekarang ini semuanya hendak mudah.  Semuanya dihujung jari.  Belajar online, bisnes online, membeli belah online dan macam-macam lagi online.  Tetapi jangan terlalu obses online sudahlah.  Perlu juga offline sekali sekala. 

Berbalik kepada kenapa saya suka membayar bil-bil seperti bil telefon, bil air, bil elektrik, cukai dan pelbagai bil  lain secara online adalah disebabkan beberapa perkara berikut :

1)  Saya boleh menjimatkan masa.  Dengan membayar semua bil online, saya tidak perlu bayar parkir, minyak, ambil nombor dan beratur.

2)  Saya juga dapat mengelakkan caj lambat bayar.  Kadang-kadang disebabkan terlalu banyak kerja dan terlambat bayar sehingga bayaran tertunggak, saya akan dikenakan caj ini.  Jadi untuk mengelakkan caj ini, kita boleh memohon untuk membuat auto pay. Mudah dan tidak perlu pening kepala setiap bulan. 

3)  Mengikut penyelidikan, membayar bil dalam talian adalah lebih selamat.  Institusi kewangan menggunakan teknologi terkini dan mempunyai sistem untuk menyimpan semua maklumat anda.   

4)  Jika tidak sempat membayar bil waktu pagi, saya akan selesaikan membayar semua bil pada waktu malam setelah selesai menguruskan urusan rumahtangga.  Tiada desakan dan boleh bersantai-santai. 
 

Jika anda mempunyai pendapat lain, boleh dikongsikan bersama saya.  Sekarang ini semua urusan, jika boleh, ingin dibuat secara online.  Belajar memasak online, belajar menjahit online, tuition pun sudah ada online sekarang dan pelbagai lagi urusan online. 

Akademi kami juga ada membuat kelas blog online.  Masa fleksibel dan mengikut kesesuaian anda.  Dalam masa 2 minggu anda sudah menyiapkan tugasan.  Blog kedai atau penulisan.  Pilih yang mana anda minat dan ikut kepakaran yang anda ada.  Kami akan analisa anda dahulu sebelum kelas bermula.  Entri untuk 44 hari mesti disiapkan.  Ebook asas blog akan diberi setelah anda mendaftar.  Anda perlu khatam dahulu ebook tersebut dan sudah boleh menulis.  Jaga tatabahasa dan tulis dalam Bahasa Melayu yang mudah.  Pembaca mudah faham dan seronok mengikuti blog anda.  

Blog juga boleh menjana pendapatan.  Jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya untuk langkah seterusnya.




No comments:

Post a Comment