Wednesday, 16 October 2013

Beraya Dengan Burasak


Hari ini jalan-jalan ke rumah kawan suami di Parit Sungai Masjid di Pontian.  Agak sesat sebab belum pernah ke sana.  Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke rumah kawan setelah mendapat arah jalan yang betul. 

Kami dijamu dengan menu tradisi orang Bugis seperti Burasak dan Lepat Lui yang dimakan dengan rendang daging, ayam masak merah dan ikan tongkol masak lemak.  Sungguh menyelerakan.  Mengikut kata kawan suami, makanan tradisi ini hanya boleh didapati setahun sekali sahaja.  Untuk merebusnya mengambil  masa 8 jam.  Kata kawan suami, sampai hangus Burasak yang direbus sebab semuanya tertidur. 

Balik dari rumah kawan, kami telah membeli nenas madu yang banyak terdapat di kawasan tersebut.  Jauh berjalan luas pandangan.  Sambil membeli sambil berborak-borak dengan penjual nenas.  Seorang surirumah yang menjual nenas di depan rumah untuk menambah pendapatan keluarga.  

Untuk surirumah yang masih tercari-cari untuk memulakan bisnes boleh menyertai kelas online kami di akademi.  Kelas kami dibuat secara online dan fleksibel. 

Kami menawarkan dua kelas online :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage untuk yang mahu berbisnes

Kami juga mengajar cara membuat blog.  Tidak semua orang ada facebook dan ramai yang lebih suka mencari maklumat berbanding mencari di facebook. 

Untuk yang mendaftar pada bulan Oktober, akan mendapat ebook 101 Idea Home Based Bisnes yang akan diberi percuma bermula pada 13 Oktober hingga 30 November 2013.  Setelah 30 November, ebook ini akan dijual pada harga RM30.00















No comments:

Post a Comment