Tuesday, 8 October 2013

Bermula Kecil Berakhir Besar


Tiada modal untuk mula bisnes?  Tiada pengalaman?  Jangan jadikan alasan untuk berjaya.  Banyak cara untuk bermula jika kita ingin mula bisnes dan berjaya.

Salah satu cara adalah dropship.  Untuk tahu lebih lanjut tentang dropship, boleh baca di sini.  Banyak peniaga yang menawarkan sistem dropship.  Hanya perlu banyakkan mencari sumber di FB dan internet.  Ada yang percuma dan berbayar.

Dengan dropship kita juga boleh menjadikan bisnes kita berkembang.  Tidak semestinya hanya dengan modal yang besar, bisnes kita akan sukses.  Sebagai contoh, kita bermula dengan bisnes tudung.  Kita membantu mempromosikan tudung kepada pelanggan.  Komisen yang kita dapat boleh dijadikan modal untuk kita memulakan bisnes tudung kita pula.  Malah boleh keluarkan produk tudung kita sendiri.  Dari sini boleh dikembangkan kepada bisnes pakaian pula.  Jika minat untuk membuka butik tudung, boleh bermula secara online dahulu.  Setelah itu barulah idea lain datang dengan sendirinya untuk mengembangkan bisnes lain.  Tiada alasan untuk berjaya, yang penting kemahuan dan minat.

Tidak semestinya hanya yang bermodal besar sahaja boleh mempunyai bisnes sendiri.  Modal kecil juga boleh. Tidak perlu menyewa pejabat.  Untuk permulaan, boleh bermula di rumah dahulu.  Apa yang perlu, ada komputer dan boleh akses kepada internet.  Surirumah pun boleh cuba bermula dengan cara ini.  Bisnes online tanpa sempadan. Banyak produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara dropship.  Jika pandai dalam memasak, boleh bermula dengan mempromosikan kepada jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat.  Wawarkan di FB.  Jika tidak pandai menggunakan komputer, minta tolong suami, anak atau rakan.  Jangan malu. 

Jika tiada produk untuk memulakan bisnes, kami ada sediakan produk dropship.  Jika ingin belajar bina blog untuk bisnes, kami juga ada buat kelas.  Semuanya secara online.  Untuk permulaan, kami analisa anda dahulu untuk mengenal pasti minat dan kemahiran anda untuk mudah menulis di blog dan seterusnya sudah boleh bermula. 

Pendaftaran untuk kelas ini  dibuka setiap hari :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)
 
Untuk permulaan, boleh baca ebook asas blog dahulu.  Ada promosi untuk bulan ini sebelum harga dinaikkan.  

 
 
Bagi yang berminat untuk membuka butik, boleh mendapatkan ebook ini. 


 


No comments:

Post a Comment