Thursday, 10 October 2013

Bisnes Tanpa Modal


Tidak semua bisnes bermula dengan modal.  Ada bisnes yang bermula tanpa modal.  Tidak semestinya yang bermula dengan modal akan berakhir dengan kejayaan.  Jika takut menanggung risiko dan ingin mencuba untuk berbisnes, boleh bermula dengan bisnes cara ini.

Bisnes yang saya maksudkan adalah dropship.  Secara mudahnya, dropship adalah :

1)  satu bisnes dimana penjual tidak perlu menyimpan stok sesuatu barangan yang hendak dijual atau tidak memerlukan modal untuk memulakan perniagaan.

2)  anda hanya bertindak sebagai penjual dan perlu memasarkan produk sahaja.  Jika ada orang yang berminat untuk membeli, anda akan hubungi pembekal dan mereka yang akan menghantar terus kepada pembeli.  Anda akan dibayar komisen di atas setiap jualan yang dibuat.

3)  anda tidak perlu menanggung sebarang kerugian jika stok tidak habis dijual.  Tugas anda hanya mempromosikan produk tersebut di laman web sosial seperti facebook, blog, website dan lain-lain.



Keuntungan adalah hak mutlak kepunyaan anda.  Anda yang menentukan harga dan untung bergantung kepada usaha anda. 

Terdapat dua pilihan dropship samada percuma atau berbayar.  Terpulang kepada pembekal yang anda pilih.  Anda boleh juga membeli secara borong.  Biasanya untung yang anda perolehi adalah di antara RM5 - RM10 bergantung kepada barangan yang anda jual.  Anda sebenarnya sudah mendapat harga yang cukup murah daripada pembekal untuk dijual semula kepada pelanggan anda.  Anda yang menentukan keuntungan dan bukannya pembekal anda. 

Bisnes dropship ini pada pendapat saya, amat sesuai kepada golongan yang sibuk tetapi ingin mencari pendapatan tambahan.  Surirumah juga amat sesuai menjalankan bisnes secara ini.  Banyak dropship yang boleh dijalankan seperti pakaian wanita, produk kecantikan, buku, produk kesihatan, produk kanak-kanak, makanan dan lain-lain. 
Kami juga ada menyediakan produk dropship seperti makanan sunnah dan buku jika anda masih tidak mempunyai produk untuk dijual.  
Kelas kami dibuka setiap hari untuk pendaftaran.  Untuk yang mahu berbisnes, boleh daftar kelas asas blog dan bisnes (fanpage).  Kami akan ajar cara penulisan yang betul, cara bina blog, bina fanpage dan tapak iklan.  
Boleh dapatkan ebook ini sebagai permulaan dengan harga promosi RM30 sebelum dinaikkan ke RM50 pada 12 Oktober ini.
 
Untuk yang berminat untuk menjadikan bisnes pakaian sebagai sumber pendapatan mereka, boleh mulakan dengan membaca ebook bisnes butik yang ditulis oleh Pengasas Akademi, Pn. Masayu Ahmad.  

No comments:

Post a Comment