Wednesday, 9 October 2013

Jangan Leka, Seimbangkan IQ, EQ dan SQ



Alhamdulillah, hari ini seorang lagi peserta mendaftar untuk kelas asas blog dan bisnes.  Perlu sentiasa fokus, yakin dan komited dengan setiap pekerjaan yang kita buat.  Kadang kala, secara tulus ikhlas saya mengatakan bahawa kadang kala boleh membuatkan kita hilang fokus kerana bukan setiap hari akan dapat pelanggan.  Mengadap komputer seharian namun pelanggan tiada.  Itulah cabaran namanya.  Jika kita membuat bisnes offline pun begitu juga.  Sebab itulah pepatah ada menyatakan alah bisa tegal biasa, hati kena cekal dan setiap yang kita buat dengan ikhlas InsyaAllah, akan dipermudahkanNya.

Jangan leka dan mudah putus asa.  Perlu seimbangkan IQ (Intelligence Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).  Orang yang mempunyai  IQ tinggi sangat ramai tetapi  EQ dan SQ sangat kurang.  Kita hanya dibesarkan hanya untuk kehebatan IQ sahaja.   Orang yang selalu merungut, marah dan emosional mempunyai EQ yang rendah.  SQ rendah pula kebiasaannya terdiri daripada orang yang sombong, berlagak dan tidak bersyukur.  Untuk menjadi ketua yang hebat kita perlu ada ketiga-tiga keseimbangan ini.  Perlu kuat fizikal dan mental.  Kita adalah ketua kepada diri kita sendiri.  Perlu jadi ketua kepada diri sendiri sebelum menjadi ketua kepada orang lain.

Seorang surirumah juga ada mengalami keadaan yang sama.  Setiap hari duduk di rumah melayan kerenah anak-anak kadang kala memenatkan di tambah pula dengan kerja rumah yang tidak pernah habis.   Begitu juga untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Jika anda seorang surirumah dan minat menulis, boleh bersama kami untuk mendaftar di kelas asas blog dan penulisan.   Jika minat untuk berbisnes, boleh belajar kelas asas dan bisnes (fanpage).   Kelas secara online.  Mempunyai komputer dan boleh akses internet.   Kami juga ada menyediakan bisnes tanpa modal.  Jika tiada produk boleh mencuba bisnes secara ini.  Produk diberi dan anda akan mendapat komisen dari jualan.

Kelas dibuka setiap hari.  Boleh lihat di sini.



No comments:

Post a Comment