Sunday, 20 October 2013

Jangan Malu, Serlahkan Potensi Diri


Selesai solat subuh, saya terus menyiapkan urusan rumahtangga.  Hari minggu adalah hari keluarga untuk saya.  Setiap hari minggu, suami perlu bekerja.  Jadi, hanya saya dan anak akan menghabiskan masa bersama minggu ini.  Kami akan ke Tasik Layang-Layang sambil melayan dia bermain bola.  Setelah seharian di sana, kami akan singgah untuk bersarapan bersama.  Seronok kerana setiap hari dan saat masa kami dihabiskan bersama.

Saya berjumpa ramai kawan baru di sana.  Sambil melayan anak, saya berborak-borak dengan ibu-ibu samada surirumah atau suri bekerjaya.  Hari minggu adalah hari keluarga juga untuk mereka.  Semua meluahkan rasa yang sama, jika boleh ingin bekerja dari rumah dan tidak payah bersesak setiap pagi mengharungi trafik jam dan menghantar anak ke taska.  Tetapi itulah kenyataan hidup.  Mereka perlu bekerja untuk membantu pendapatan keluarga.  Saya pernah mengalami semua ini.  Alhamdulillah, saya sekarang seronok dan teruja untuk menanti hari esok bersama anak.  Setiap hari ada sahaja benda baru yang kami buat bersama.  

Saya memberi mereka pandangan dan penyelesaian, membantu sekadar yang mampu.  Ramai surirumah yang mempunyai kemahiran seperti mengurut, menjahit, membuat kuih, memasak, menjahit manik dan mengambil upah menaip dan terjemahan.  Surirumah yang saya temui ini semuanya mempunyai kemahiran yang tersendiri dan profesional.  Tidak lagi seperti surirumah zaman ibu kita dahulu.  Masing-masing mempunyai 'kerjaya' sendiri di rumah, cuma ada yang tidak pandai menggunakan internet apatah lagi mempunyai fanpage dan blog. 

Saya percaya ramai surirumah di luar sana yang ingin mempunyai bisnes dan kedai sendiri.  Jenama sendiri, citarasa sendiri dan blog untuk mempromosikan produk mereka.  Untuk yang minat menulis, boleh menulis tentang kehidupan bersama keluarga, catatan harian dan jadikan sebagai travelog kehidupan mereka.  Serlahkan potensi yang ada di dalam diri masing-masing.  Jika tidak pandai, boleh belajar dari kami.  Kami ajar asas blog yang masing-masing zero di dalam pembinaan blog seperti saya dahulu.  Alah bisa tegal biasa.  Tidak cuba tidak tahu.  Malu bertanya sesat jalan.  

Bulan Oktober ini kami ada promosi.  Kelas kami ada dua, iaitu :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan bisnes (fanpage)




Untuk dapatkan EBOOK PERCUMA ini,  anda hanya perlu daftar kelas online asas membina blog fanpage bisnesTahun 2014 bakal tiba dua bulan lagi.  Untuk yang masih tercari-cari hendak bisnes apa, boleh ambil idea dari ebook 101 Idea Home-Based Bisnes. 

Kandungan ebook ini seperti berikut :

Bab 1  :  101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2  :  Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3  :  Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4  :  Strategi Pemasaran Online
Bab 5  :  Strategi Pemasaran Offline
Bab 6  :  Operasi Dari Rumah
Bab 7  :  Khidmat Pelanggan Online
Bab 8  :  Produk digital vs produk fizikal
Bab 9  :  Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10  :  Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11  :  Pengalaman Usahawan Sukses

No comments:

Post a Comment