Thursday, 17 October 2013

Jom Belajar Buat Blog


Ramai yang ada blog tetapi tidak dikemaskini.  Alasannya adalah tidak sempat masa, malas nak update, tiada cerita untuk ditulis dan pelbagai alasan yang diberi.  

Blog terdiri daripada pelbagai jenis blog seperti blog peribadi, blog bisnes, blog motivasi, blog catatan harian dan lain-lain.  Ramai yang ingin mempunyai blog, tetapi tidak tahu bagaimana hendak membinanya.  Ada yang telah mengupah orang yang pakar untuk membina blog.  Untuk permulaan, lebih elok jika kita membinanya sendiri.  Pendaftaran blogspot adalah percuma dan proses membinanya juga tidak lama.  Ramai yang ingin mempunyai blog untuk berbisnes.  Sekarang ini semuanya mahu ada bisnes online. 

Untuk yang ingin mempunyai blog bisnes, pendaftaran dibuka setiap hari.  Kelas diajar adalah mudah, fleksibel dan secara online.  Untuk yang tiada produk, kami sediakan.  Jangan beri alasan tiada produk untuk yang ingin memulakan bisnes.  Bisnes tanpa modal pun ada.  Boleh baca artikel yang saya tulis di sini tentang 
bisnes tanpa modal.  Untuk permulaan boleh mencuba bisnes cara ini. 

Pilihan di tangan anda.  Sertai kami.  Tiada lagi mengupah orang untuk membina blog.  Di samping dapat belajar bina blog, dapat juga belajar asas penulisan yang betul.  2 dalam 1.  Untuk yang tidak minat untuk berbisnes, boleh belajar asas blog dan penulisan sahaja. 

Terdapat 10 ciri untuk membina blog yang berpengaruh : 
1)  Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
2)  Sentiasa ada entri baru dan segar
3)  Entri penyelesai masalah
4) Penulisan santai dan bersahaja.  Namun mempunyai banyak kisah pengajaran
5) Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6)  Blog yang menjadi rujukan khas
7) Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8)  Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
9)  Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10) Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan

Bulan Oktober ini kami ada membuat promosi.  Ebook terbaru bakal diterbitkan pada 30 November 2013.  Ebook ini bagus untuk yang masih mencari-cari idea untuk memulakan bisnes dari rumah.




No comments:

Post a Comment