Tuesday, 15 October 2013

Kek Coklat Kukus Berlapis



Masih di kampung suami menyambut raya Aidil Adha.  Di kampung suami, internet 1 Malaysia untuk penduduk Felda sangat susah untuk dilayari.  Saya menggunakan broadband Celcom untuk lebih memudahkan kerja online saya.  Sambil itu sempat juga mengodek-godek website dan blog masakan.  

Teringat rancangan Nasi Lemak Kopi O yang pernah menyiarkan Kek Lapis disalut dengan coklat yang disediakan oleh Chef Anuar Deraman.  Saya ingin mencuba membuatnya.  Kita tengok resipi dan bahan-bahannya dahulu.  

Bahan-bahan kek :
2 biji telur Gred B
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1sk soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 pek kek lapis


Bahan-bahan Ganache :
400 gm coklat masakan
200 ml krim putar segar (Dairy Cream)

Cara-Cara Membuat Kek :  
1)  Kacau telur bersama gula sehingga sebati.
2)  Masukkan susu pekat, minyak dan kacau rata.
3) Masukkan tepung, serbuk koko dan soda (diayak bersama), kacau sehingga sebati diikuti dengan air panas. 
4)  Potong nipis kek lapis dan letakkan kedalam acuan kek. 5)  Isikan adunan kek coklat kedalam acuan tadi dan kukus selama 45 minit.
 
Cara-cara membuat Ganache :  
1)  Potong kecil coklat masakan dan letakkan didalam bekas stainless steel.  
2)  Panaskan krim dalam periuk kecil sehingga mendidih dan tuangkan kedalam coklat tadi, kacau rata.

Selamat mencuba.

Sempena hari raya ini, saya hendak mempromosikan pendaftaran kelas asas blog.  Kelas  kami masih dibuka untuk yang berminat.  Realisasikan minat anda sempena tahun 2014 ini.  Jangan tunggu lagi.

Boleh hubungi saya untuk selanjutnya.  Untuk yang tidak tahu untuk bermula bisnes apa, boleh baca ebook ini untuk mendapatkan idea.






No comments:

Post a Comment