Friday, 11 October 2013

Peluang Bisnes Untuk Surirumah


Alhamdulillah, semalam ada lagi seorang peserta yang mendaftar untuk kelas asas blog dan bisnes.  Malam tadi seorang rakan FB berminat untuk mendaftar kelas ini juga.  Dia seorang surirumah sepenuh masa dan langsung tiada pengalaman untuk berbisnes tetapi mempunyai produk untuk dipromosikan.  Hanya promosi kepada rakan-rakan terdekat dan saudara mara sahaja.  Dia kurang yakin dan ada perasaan takut untuk bermula sebab langsung zero di dalam bisnes online.  Setelah bercerita tentang akademi, dia berminat dan akan memberi jawapan dalam minggu ini.  

Saya pasti ramai surirumah di luar sana yang berminat untuk mempunyai bisnes sendiri tetapi masih ragu-ragu dan kurang yakin.  Ayuh surirumah, cabarlah diri anda dan buktikan bahawa anda juga boleh berjaya.  Mula secara kecil-kecilan dahulu.  Sekarang ini bisnes internet telah menjadi fenomena di seluruh dunia tanpa sempadan.

Kelas yang kami tawarkan untuk surirumah yang ingin memulakan bisnes adalah kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes).  Apa yang kita belajar dari kelas ini adalah :

1)  Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
2)  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
3)  Mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang periklanan.  Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
4)  Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
5)  Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
6)  Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga membina jaringan bisnes secara online.
7)  Apa yang kita belajar di dalam kelas ini adalah analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
8)  Untuk mula, kita analisa dahulu.  Pendaftaran adalah setiap hari.
Setiap pelajar baru akan diberi ebook asas blog dan MESTI KHATAM ebook ini sebelum memulakan kelas supaya lebih faham bagaimana mahu bermula. 

Semua kelas secara online dan masa fleksibel.  Pelajar tidak perlu sentiasa 24 jam online, bergantung kepada masa pelajar.  Segala pertanyaan boleh diajukan secara online di mana pelajar akan dimasukkan ke dalam satu grup khas di FB.  Sambil menggoreng ikan pun boleh beronline.



 

1 comment:

  1. Salam perkenalan Nora.Banyaknya ilmu yang berguna dalam blog u ni .nti selalu la akak singgah kat sini.Memandangkan akak pun wahm baru jer.Jemput datang blog yer

    ReplyDelete