Tuesday, 29 October 2013

Kelas Offline


Di samping mengajar online, saya juga boleh mengajar offline untuk 2 kelas dari akademi :

1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Blog dan Bisnes (fanpage)

Tawaran ini saya hanya buat di kawasan Pasir Gudang sahaja dan di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal saya.  Yuran masih sama dan semuanya secara santai dan tiada tekanan.  Modul akan diberi mengikut kelas yang akan diambil oleh peserta.  Masa boleh mengikut kesesuaian peserta. 

Untuk menjadi pandai, kita perlu belajar dari mentor yang betul.  Setiap tugasan perlu dibuat mengikut modul dan jika ikut secara tetap, semua tugasan akan siap dalam masa 2 minggu sahaja.  Entri 44 hari perlu disiapkan.  Tuliskan catatan pengalaman anda untuk dikongsikan.  Kami akan ajar tatabahasa yang betul mengikut ebook asas blog.  Ebook ini akan diberi kepada semua pelajar dan perlu khatam sebelum kelas bermula.  Sebelum itu juga setiap pelajar akan dianalisa untuk mengenalpasti minat dan kepakaran tersendiri.

Jika anda berminat untuk bisnes, kami sediakan produk dropship seperti buku, makanan sunnah, ruang periklanan dan produk digital.  Jika anda ada produk kami akan bantu anda untuk bina blog kedai dan fanpage di kelas ini.  Tapak iklan sudah tersedia untuk anda mengiklankan produk atau perkhidmatan anda.  Lebih dari 200 blog yang akan membantu mempromosikan bisnes anda. 


 

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502







No comments:

Post a Comment