Friday, 4 October 2013

Kelebihan Mempunyai Bisnes Online


Zaman sekarang ramai yang ingin menjadikan bisnes online sebagai sumber pendapatan mereka.  Lebih daripada 80% orang akan melihat di internet tentang sesuatu barangan sebelum membuat keputusan untuk membeli.  Mereka boleh juga merujuk kepada laman web, blog atau forum bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang mereka kehendaki.

Namun perlu juga diingat bahawa bisnes online sentiasa berubah dan berkembang.  Walaupun anda mungkin tidak merancang untuk mempunyai laman web serta-merta apabila anda memulakan bisnes, ia masih idea yang baik untuk memikirkan samada anda akan memerlukannya pada masa akan datang dan sistem apa yang anda akan gunakan. 

Apabila anda merancang untuk memulakan bisnes online, anda perlu :
1)  membuat
penyelidikan tentang pesaing anda dan perniagaan lain 
2)  memutuskan apa aspek bisnes online yang akan memberi manfaat kepada perniagaan anda
3) 
mengkaji semula bajet anda
4)  sentiasa prihatin tentang
undang-undang dan peraturan-peraturan yang akan dikenakan ke atas aktiviti perniagaan online anda
5) 
mempertimbangkan keperluan anda, termasuk apa perisian yang anda perlukan dan apa jenis peralatan komputer yang anda perlukan
6)  bersiap sedia tentang
risiko, seperti virus komputer, penipuan, kecurian data, kerugian atau kerosakan kepada perkakasan yang digunakan

Banyak manfaat yang boleh didapati daripada perniagaan dalam talian atau secara online ini.  Di antaranya adalah :

 1)   Kos Penjimatan
Terdapat minimum kos permulaan untuk membuat dan menyelenggarakan laman web.  Untuk permulaan, anda boleh membina blogspot kerana ia adalah percuma dan mudah untuk dibina.  Setelah bisnes anda berkembang maju, boleh mendapatkan nama domain dan pakej web hosting. 

2)  Pemasaran
Anda boleh membuat pengiklanan di internet dan kosnya adalah berpatutan.  Boleh semak di sini sebagai panduan.  Boleh juga menggunakan SEO untuk melariskan produk anda dan kemudian menggunakan Google untuk menaikkan trafik bagi menarik lebih ramai pelanggan.  Pemasaran emel juga boleh membantu untuk meningkatkan jualan. 

3)  Menjaga Alam Sekitar
Cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kesan karbon dan menjaga alam sekitar adalah menjalankan bisnes online.  Tiada pekerja diperlukan dan anda boleh menjimatkan kos pengangkutan dan utiliti seperti air dan elektrik.  Semua maklumat disimpan dalam komputer dan ini membantu menjimatkan kos percetakan. 

4)  24/7/365
Bisnes online akan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun.  Jika anda mempunyai laman web atau blog, anda cuma perlu menyemak untuk menjawab pelanggan dan membuat pesanan.  Mereka hanya perlu melihat produk dan perkhidmatan anda di laman tersebut.  Jika anda menjalankan sebuah laman web seperti affiliate, bisnes anda boleh membuat wang untuk anda ketika anda sedang tidur atau mengambil anak-anak dari sekolah.  Laman web anda boleh mendapatkan data-data penting pelanggan, sebagai contoh, alamat emel dan lain-lain data penting yang boleh membantu anda untuk mendapatkan sasaran pelanggan yang betul dan lebih berkesan.  Anda boleh menguruskan perniagaan anda dari mana-mana di dunia.

5)  Komunikasi
Komunikasi juga penting apabila menjalankan bisnes online.  Ia bertindak sebagai kad perniagaan interaktif anda.  Pelanggan akan menghubungi anda melalui telefon, emel, twitter atau facebook bertanyakan mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan yang anda jalankan.  Ini adalah satu cara yang baik dan berkesan untuk membina hubungan dengan pelanggan anda.

6)  Media Sosial
Fenomena media sosial seperti facebook dan twitter sangat membantu untuk memasarkan perniagaan anda.  Ini adalah platform media sosial yang boleh membuat bisnes anda berkembang sehingga ke luar negara.  Internet adalah seperti tingkap membeli belah di dunia bagi sesuatu produk. 

Akhir kata, bagaimana anda menguruskan bisnes anda akan bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. 

Jika anda tiada produk, kami boleh menawarkan produk dropship untuk anda bermula.  Kami juga ada dua kelas jika anda berminat dan ada impian untuk ada kedai sendiri.

Pendaftaran untuk kelas ini  dibuka setiap hari :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)

Kami juga ada ebook pakej asas untuk yang berminat membuka butik sendiri.   




Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com atau membuat tempahan di sini untuk mendapatkan ebook ini.

 









No comments:

Post a Comment