Saturday, 5 October 2013

Kreatifkan Bisnes Anda


Saya hendak berkongsi cerita mengenai adik ipar saya.  Beliau seorang surirumah sepenuh masa dan tiada pengalaman bekerja.  Tugasnya hanyalah menjaga anak sepenuh masa sejak berkahwin.  Adik ipar saya seorang yang pandai memasak.  Sejak dua bulan lepas dia telah membuat pelbagai jenis roti dan pizza untuk dijual.  Alhamdulillah, rotinya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.  Banyak pesanan seperti dari jiran-jiran, sekolah, tadika, kelas mengaji dan kelas agama. 

Pada hari Ahad lepas saya telah berkunjung ke rumahnya.  Dia seronok bercerita tentang bisnes rotinya kepada saya.  Dia juga telah membeli buku roti untuk belajar mempelbagaikan roti keluarannya.  Saya juga telah memberi idea supaya dia boleh belajar dari internet.  Banyak jenis roti baru yang telah dibuatnya seperti roti bawang, roti cheese, roti istimewa Cik Timah, roti pintal dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama roti istimewa Cik Timah.  Ramai yang memuji keenakan roti ini.  Itulah yang dinamakan kreatif.  Dia telah mendapat idea untuk mengkreatifkan roti keluarannya.

Sejak itu dia telah mendapat banyak tempahan dari jiran-jiran dan kenalan.  Rasa dan adunannya mungkin sama, cuma nama roti yang membuat orang ramai ingin mencuba.  Sama seperti burger bakar atau air gelas besar yang mempunyai keenakannya yang tersendiri dan terus mendapat sambutan pelanggan.  

Di sini dapat kita lihat bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mempopularkan produk masing-masing cuma yang membezakan adalah strategi. 

Lain orang lain citarasanya.  Pelbagai produk terdapat di pasaran dan pelbagai kreativiti telah ditonjolkan.  Adik ipar saya hanya seorang surirumah tetapi dia telah berjaya dengan bisnes rotinya.  Ramai surirumah yang mempunyai kemahiran seperti adik ipar saya tetapi masih takut-takut untuk merealisasikan minat mereka.  Bermulalah dari sekarang.  

Jika anda ingin bermula, boleh sertai kelas yang dianjurkan oleh akademi kami, iaitu :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas blog dan fanpage (untuk bisnes)

Pendaftaran dibuka setiap hari.  Kelas dibuat secara online dan masa fleksibel mengikut kesesuaian peserta.  

Untuk mendaftar boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com

Mahu mula bekerja di rumah, www.janawangdirumah.com
Mahu tahu cabaran bekerja di rumah, baca yang ini http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Mula bisnes makanan http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/

Mahu mula kelas belajar asas blog menulis, dan bina kedai online, sertai kami di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Untuk yang telah ada produk dan mahu membuat iklan, boleh iklan di http://sohodirectory.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment