Sunday, 6 October 2013

Minat Nak Ada Blog, Tetapi Tidak Tahu


Seorang rakan bertanya, kalau saya jual jamu bolehkah jual online?  Dengan senyum saya menjawab, sekarang ini apa sahaja produk boleh dijual online.  Maggi mee pun ada dijual online.  Rakan saya ini seorang surirumah yang langsung tiada pengalaman menggunakan komputer tetapi pandai berbisnes offline.  Nak ada blog tetapi tidak tahu nak bina blog, nak tulis apa di dalam blog, bagaimana nak tarik pembaca dan pelbagai persoalan yang diajukan kepada saya.

Kita mungkin berfikir bahawa mengupah seseorang untuk membina blog adalah cara yang paling mudah, tetapi itu adalah satu kesilapan besar.  Pendek kata, anda boleh membuat blog anda sendiri dalam masa kurang daripada 10 minit.  Cepatnya dan betul ke?  Untuk mula membina blog adalah tidak sukar sama sekali.  Walau bagaimanapun, jika anda tidak tahu banyak tentang komputer atau internet, ia mungkin mengambil masa sehingga 1 jam.  

Baiklah, selepas siap bina blog, apa yang hendak anda tulis?  Sebelum memulakan blog, fikir apa yang anda mahu dan perkara apa yang anda suka.  Jika ada, anda sudah boleh bermula.  Apabila saya mula membina blog dan masuk kelas, saya telah ada topik untuk ditulis dan dikongsi bersama pembaca.  Jadi saya ambil topik itu dan mula menulis artikel dan posting tentang topik tersebut.  Ia adalah lebih baik apabila anda telah berminat dalam bidang tertentu atau terlibat di dalam sesuatu perkhidmatan untuk tempoh yang lama, mudah untuk anda menulis.  Sebagai contoh, jika anda minat atau pakar tentang kereta, maka tulis blog tentang ini.   Jika anda tidak mempunyai apa-apa idea atau niche yang anda minat, boleh juga bina blog tentang aktiviti-aktiviti harian anda, detik-detik yang tidak dapat dilupakan atau tentang kehidupan harian.

Akademi kami di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ banyak berkongsi tentang kelas asas blog dan penulisan serta kelas asas blog dan fanpage.  Untuk memudahkan anda faham tentang kelas ini, anda boleh baca blog ini. 

Kelas kami semua di hujung jari. 
1)  Kelas adalah fleksibel
2)  Pendaftaran diterima setiap hari
3)  Kelas mengikut kesesuaian pelajar

Untuk kelas asas blog dan penulisan, saya ingin kongsi apa yang kita belajar dalam kelas ini :
a)  Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal.  Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b)  Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c)  Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d)  Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e)  Bergabung dengan lebih ramai blogger  -lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f)  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g)  Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h)  Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
 
Ini pula untuk kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes) :
a)  Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b)  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c)  Mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.  Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d)  Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e)  Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f)  Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga bina jaringan bisnes secara online.
g)  Apa yang kita belajar di dalam kelas ini.  Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman.  Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk kedua-dua kelas di atas, kami akan analisa anda dahulu sebelum memulakan kelas.  Pendaftaran adalah setiap hari.  

Anda boleh juga mendapatkan ebook ini untuk menjana pendapatan dari rumah.  

Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk info selanjutnya.




No comments:

Post a Comment