Wednesday, 23 October 2013

Saya Suka Bisnes Saya


Kita perlu suka dengan apa yang kita buat.  Kalau tidak suka, bagaimana kita hendak berjaya?  Bagaimana kita hendak capai apa yang kita mahu, betul tidak?  Cuma lambat atau cepat.  Hendak cepat perlulah berusaha lebih sedikit dan buat dengan serius.  Perlu kayuh dengan laju.  Fokus, konsisten dan istiqamah.

Saya suka dengan apa yang saya buat sekarang.  Saya suka berbisnes.  Sejak dahulu saya memang telah mula berbisnes secara sambilan sebab masih bekerja.  Saya pernah menjual kain ela, tudung, kerepek dan kuih raya.  Saya juga melibatkan diri dalam MLM seperti Zhulian, Avon, Amway dan yang terbaru Shaklee.  Alhamdulillah, Shaklee masih bertahan.  Saya rajin pergi seminar, konvensyen dan selalu balik lewat malam kerana berjumpa pelanggan.  Ketika itu saya masih bujang dan tidak menjadi masalah.  MLM terbaru yang saya ceburi adalah Shaklee dan semuanya secara online.  Ada grup khas di FB dan untuk pesanan pun sekarang semuanya secara online.  Sekali sekala saya akan menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Shaklee atau upline saya.  Memang mudah dan menyeronokkan.

Saya juga ada membuat affiliate, dropship dan mengajar blog untuk bisnes.  Sejak masuk kelas di Akademi Bekerja Di Rumah, banyak yang saya belajar.  Saya sayang dan suka bisnes saya.  Kalau kita sayang dan suka bisnes kita, maka mudah untuk kita faham, tahu dan mahu capai apa yang kita hendak.  Tulis matlamat kita.  Jangan tulis di minda tetapi realisasikan di kertas.  Kita yang menentukan berapa RM yang kita hendak sebulan, apa yang kita hendak beli, apa yang kita hendak makan, siapa yang hendak kita beri  dan lain-lain kemahuan dan kehendak kita.  Orang lain tidak boleh paksa kita.  Orang lain tidak boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri.  Jika kita hendak 3K sebulan walaupun hanya sekadar duduk di rumah, maka buatlah yang sepatutnya dengan bisnes kita.  Jika tidak tahu, boleh belajar dari yang pakar.  Jangan malu.  Bagaimana hendak berjaya kalau ada perasaan malu? 

Sekarang ini FB telah menjadi mesin ATM kepada semua orang.  Masing-masing berlumba untuk 'mencetak' duit di FB.  Jadi, cari maklumat dan belajar.  Banyak bengkel atau seminar tentang pemasaran internet.  Jangan malu atau malas untuk belajar.  Untuk berjaya di dalam bisnes internet, tidaklah semudah yang disangka.  Untuk mencapai tahap jutawan internet, perlu kuat semangat dan cekal.  Tiada istilah mudah untuk berjaya.

Berbalik kepada saya, saya masih juga dalam proses belajar tentang pemasaran internet.  Banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadi usahawan internet yang berjaya.  Saya ada perancangan tersendiri menjelang tahun 2014.  Semoga dipermudahkanNya.  Sudah ada asas dan cuma hendak memantapkannya sahaja.

Jadi jika anda suri rumah atau suri berkerjaya yang inginkan perubahan dalam hidup, samada untuk diri sendiri atau membantu keluarga, boleh mendaftar bersama saya.  Kelas kami menerima pendaftaran setiap hari. 

Kami ada :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan - belajar menulis blog yang disukai pembaca dan berpengaruh.
2)  Kelas Asas Blog dan Fanpage - khusus untuk suri rumah yang mahu belajar dan tiada pengalaman langsung. 

Jika tiada produk kami sediakan seperti :
1)  Produk fizikal, produk sunnah dan buku
2)  Produk digital - ebook
3)  Agen periklanan
4) Produk runcit dan borong - makanan sunnah, telekung dan lain-lain

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :

Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502
 

No comments:

Post a Comment