Saturday, 12 October 2013

Surirumah Yang Sibuk


Sibuk sedikit semalam jadi tidak sempat untuk menulis entri.  Pagi semalam saya telah mengajar offline untuk kelas asas blog dan bisnes di rumah.  Kelas bermula sejak pagi hingga petang.  Hanya sempat menulis pagi ini untuk entri semalam.  Pelajar ini kurang faham diajar secara online. 

Kelas online blog ini boleh juga diadakan secara offline, tetapi hanya untuk pelajar yang berdekatan sahaja.  Pelajar ini seorang ibu tunggal yang ingin menambah pendapatan untuk menampung kehidupan hariannya.  Dia berminat untuk memulakan bisnes tanpa modal.  Untuk permulaan dia akan membuat produk sunnah dahulu.  Alhamdulillah, apa yang diajar dapat difahami dengan jelas.  

Untuk surirumah yang ingin belajar kelas ini, pendaftaran masih dibuka setiap hari.  Jika pelajar tinggal jauh, saya hanya mengajar secara online.  Untuk pelajar yang tinggal berdekatan, jika kurang faham dan ingin faham lebih jelas, boleh hubungi saya untuk diajar offline.  

Kami mempunyai produk untuk dibuat pilihan. Kami ada produk sunnah, buku dan ruang periklanan.  Pelajar mesti siapkan dahulu 44 entri harian sebelum meneruskan sukatan yang seterusnya.  44 entri pertama ini sangat penting untuk memahirkan pelajar menulis setiap hari.  Pelajar digalakkan atau wajib mempunyai catatan nota harian.  Ini adalah latihan asas mengumpul idea.  Idea yang paling mudah adalah catatan harian dan menulis semula di dalam blog.  Catatan ini adalah hasil tulisan pelajar sendiri dan bukan copy paste dari sumber lain.

Selain dari itu, label yang penting di dalam blog adalah catatan harian dan catatan pengalaman.  Anda mesti mempunyai cerita yang berbeza atau unik untuk diceritakan kepada pembaca.  Jadi segala cerita ini boleh ditulis di dalam label ini.  Kita boleh menulis lima atau 10 entri serentak setiap hari. 

Untuk yang berminat, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.  

Sebagai permulaan, boleh dapatkan ebook asas blog ini dahulu sebagai bacaan awal.


No comments:

Post a Comment