Sunday, 17 November 2013

44 Hari Entri


Sumber : Ebook Belajar Asas Blog

44 Catatan Harian 

-  Latihan paling asas bagi yang baru mula menulis.  Pastikan mula dengan catatan harian dalam buku nota.  Kemudian pindahkan apa yang ditulis ke dalam blog.

-  Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti pada hari tersebut.  Catatan harian seorang suri rumah, seorang pekerja, seorang ibu, seorang usahawan.  Tulis apa sahaja aktivit bermula bangun pagi.

-  Jangan tinggalkan walau satu hari, kebiasaan 44 hari ini memudahkan kita menulis dan menjadikan ia rutin yang biasa.

-  Cari masa yang sesuai setiap hari ambil hanya lima hingga 10 minit sahaja.  Tulis semula apa yang dicatat.  Terus tulis dan publish, jangan ada perasaan teragak-agak.

-  Apabila kita sudah ada dalam zon bertenang, kembali lihat semula entri terdahulu, sunting dan tambah baik penulisan yang sedia ada.

-  Melepasi 44 entri kelihatan blog kita sudah begitu cantik tersusun dan sudah mula padat dengan informasi ringkas.  Ini adalah cara paling mudah untuk menarik pembaca suka berkunjung.

-  Pembaca datang setiap hari kerana mahu baca apa yang dikongsikan.

-  Penulisan yang jujur menjadikan penyampaian lebih bersahaja.  Blog sebegini suka didatangi lagi dan lagi.

-  Jika mahu ada pembaca datang, jadi jangan tidak ada entri baru.

-  Istilahnya seperti menjemput tetamu dan tetamu itu adalah rezeki.

-  Jamu tetamu dengan perkataan baik-baik.  Mudahan ia kembali membawa rezeki untuk kita.

Jika tidak hari ini, mungkin esok atau lusa atau datang banyak serentak.




Mengapa perlu siapkan 44 entri pertama?
44 entri pertama sangat penting untuk latihan menulis setiap hari.  Pelajar digalakkan/wajib mempunyai catatan nota harian.  Ini latihan asas mengumpul idea.  Idea yang paling mudah adalah catatan harian, kemudian tulis semula dalam blog.

Dua label penting dalam blog adalah catatan harian dan catatan pengalaman. Inilah uniknya perkongsian kita berbanding orang lain.  Pengalaman dan rutin kita tidak sama untuk setiap orang, jadi blog kita akan lebih menarik dengan perkongsian ini.  Itulah bezanya blog kita dengan blog orang lain.  Rutin kita dan pengalaman kita mungkin biasa bagi kita, tetapi luar biasa bagi yang membacanya.

Bolehkah menulis lima atau 10 entri serentak sehari? 

Ya, boleh ini mempercepatkan usaha untuk ke fasa seterusnya.

Mengapa perlu analisa? 

Tiga soalan dari lapan soalan penting adalah, pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran. Ini salah satu momentum dan isi gali utama menjadikan blog kita ada matlamat pengisian. Setiap orang tidak sama untuk jawapan analisa, itulah sebab selepas khatam ebook asas blog, pelajar akan mula dibimbing berdasarkan jawapan analisa untuk tugasan sterusnya.

Ada ke pelajar putus asa, cepat atau lambat?  

Ya, ada.  Ini dilihat berdasarkan apa matlamat mahu sertai kelas ini.  Ia fleksibel, ada pelajar dalam beberapa minggu sahaja cepat selesai, sebulan dua bulan.  Ini berdasarkan fokus dan matlamat pelajar itu sendiri.
 

Pelajar sentiasa diberi peluang untuk bermula semula, dan mengambil semangat pelajar yang laju.

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendaftar kelas asas bina blog fanpage bisnes atau penulisan.  

Jom beriklan di Soho Directory dan baca terma  iklan di sini. 

Untuk membeli buku agama, ebook dan buku motivasi, boleh berkunjung ke Ulat Buku Online. 

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502
Facebook : https://www.facebook.com/norazizah.sudin

No comments:

Post a Comment