Saturday, 23 November 2013

Balik Kampung


Semalam cuti negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.  Malam tadi juga saya balik kampung suami di Felda Bukit Permai.  Rancangan asal hendak balik ke kampung saya di Endau tetapi adik ipar tiada di rumah sebab balik ke rumah ibunya di Dungun.  Jadi hanya adik lelaki sahaja yang ada di rumah.  Terpaksalah saya menukar rancangan.  InsyaAllah, hujung bulan ini balik Endau pula. 

Semenjak berbisnes online dan menulis di blog, saya perlu lebih fokus dan komited terhadap kerja di samping perlu sentiasa menyemak blog atau facebook.  Perlu tulis status, tulis blog, menyemak pesanan pelanggan dan pelajar online saya.  Baru-baru ini saya telah beli broadband Tune Talk.  Murah dan menjimatkan.  Laju juga talian internet di kampung suami.  Alhamdulillah.  Jika tidak susah juga saya.

Hujan renyai-renyai di luar.  Sungguh mennyamankan, burung berkicauan dan angin sepoi-sepoi bahasa.  Sambil menghirup kopi panas yang dibeli oleh adik ipar dari Peru di beranda rumah dan melihat anak-anak saudara bermain bola.  Musim cuti persekolahan rumah mak mertua saya riuh rendah dengan cucu-cucunya.  Sungguh menyeronokkan.  

Cuti sekolah adalah suasana yang paling indah dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.  Tutup buku dan leka bermain sahaja. 

Nanti saya bersambung balik.  Masa untuk makan tengahari beramai-ramai.  Hari ini lauk asam pedas ikan putih.  Sungguh menyelerakan. 

No comments:

Post a Comment