Thursday, 7 November 2013

Berbisnes Sambil Melayan Anak


Hari ini agak sibuk dengan tugasan di rumah dan kelas online.  Belum dicampur lagi dengan pesanan pelanggan.  Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang hasil yang diterima untuk hari ini tidak begitu banyak, namun saya bersyukur kerana boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pesanan pelanggan.  Saya seronok berbisnes sambil melayan anak di rumah.  Waktu kerja saya tidak menentu.  Kadang-kadang saya bermula awal pagi, lewat pagi, tengahari dan pernah juga tugasan saya bermula pada lewat malam.  Ini semua bergantung kepada kerenah anak yang inginkan perhatian daripada saya.  

Selesai solat subuh, sebelum dia bangun tidur saya akan pantas menyiapkan kerja rumah seperti membuat sarapan, memasak makanan tengahari, membasuh baju, membasuh pinggan, mengemas rumah dan menyapu laman.  Nampak mudah tetapi pada hakikatnya tugas seorang suri rumah tidak pernah habis.  Esok rutin  yang sama berulang.  Setelah itu saya bergegas untuk bekerja di meja kerja saya.  Meja seorang WAHM.  Saya bermula dengan menyemak diari tentang kerja yang harus disiapkan untuk hari itu, kemudian barulah kerja lain bermula.  

Setelah anak bangun tidur, bermulalah tugasan sebenar saya.  Bermula dengan memandikan, menyuap sarapan dan lain-lain aktiviti bersama anak.  Aktiviti dia pula bermula dengan apa sahaja yang terlintas di kepalanya.  Usia sebegitu hanya bermain sahajalah.  Tiada istilah penat baginya.  Yang dia tahu main, susu, makan dan tidur.  Alangkah seronoknya berada di alam kanak-kanak.  Tidak perlu berfikir masalah kerja, masalah rumahtangga dan pelbagai 1001 masalah lain.  

Seorang suri rumah boleh digelar dengan pelbagai istilah.  Dialah seorang isteri, ibu, jururawat, doktor, pesakit dan lain-lain. Untuk menjadi super suri atau Super WAHM seorang suri rumah perlu belajar menguruskan masa dengan betul agar semua tugasan berjalan dengan lancar.  Ebook ini dapat membantu suri rumah untuk mengatur masa dan pada masa yang sama berbisnes.  Jangan jadikan halangan anak sebagai alasan untuk berjaya.  Kita masih boleh berbisnes walaupun hanya dari rumah. 

Bermula dengan belajar buka FB, bina blog dan ada fanpage.   Untuk suri rumah yang zero pengetahuan di dalam internet, kami akan ajar mengikut minat dan kepakaran anda.  Blog bukan hanya untuk bisnes sahaja tetapi suri rumah yang minat menulis, boleh kembangkan minat anda dengan menulis.  Baca ebook asas blog untuk bermula.  

Pakej ini dapat membantu suri rumah dan suri berkerjaya untuk bermula.  Ebook butik  sesuai untuk yang berminat membuka bisnes pakaian.  Mulakan dari rumah dahulu baru dikembangkan dengan membuka butik atau kedai.



Bagaimana untuk bermula?  Boleh mendaftar bersama saya untuk menyertai kelas yang anda minat, samada kelas asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan bisnes (fanpage).  

Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com untuk info selanjutnya.  





No comments:

Post a Comment