Friday, 22 November 2013

Bisnes Online Perlu Fokus


Setiap perkara yang dibuat perlu fokus jika hendak berjaya.  Begitu juga dengan bisnes.  Ramai usahawan baru online sekarang tidak fokus dengan bisnes mereka.  Banyak benda yang tergendala sebab tidak fokus.  Sebagai contoh, hendak memulakan dengan menulis mengenai produk, tetapi semak FB, twitter dahulu.  Lain yang dirancang lain pula yang dibuat.  

Saya juga pernah mengalami situasi yang sama.  Merancang pada malam hari hendak meletakkan gambar di album fanpage, tetapi pada esok hari buka facebook dahulu.  Lain pula jadinya!  Banyak pula status dari kawan-kawan, pelanggan dan benda-benda baru di facebook.  Leka dan akhirnya tergendala semua kerja yang telah dirancang.  Jadi fokus dan komited.

Sebab itulah saya buat senarai 'things to do' dan jadual di dalam kalendar dan buku nota.  Sebelum tidur, saya akan menyemak dan mesti siapkan semua tugasan yang perlu dibuat.  Jangan bertangguh dan curi masa anda.  Fokus dan anda akan lihat hasilnya.  Cuba buat.

Jangan cakap susah sebelum buat.  Cuba dan cuba sehingga berjaya.  Fokus kepada satu perkara dan barulah beralih kepada perkara yang lain.  

Sertai kami di akademi untuk bermula.

Pilih kelas dan yuran yang anda minat.  








No comments:

Post a Comment