Friday, 1 November 2013

Bisnes Terhangat Di Pasaran


Mengikut kata Chef Li dalam bukunya Menjejaki Jutawan Senyap ada 4 jenis bisnes yang sentiasa mengalir dan tidak pernah surut.  Jenis bisnes itu adalah bisnes berkaitan dengan makanan, pakaian, kecantikan dan kesihatan dan pendidikan.

Keempat-empat bisnes ini saling berkait rapat antara satu sama lain, bak kata Allahyarham P Ramlee, bagai irama dan lagu berpisah jauh tidak sekali.  Keempat-empat bisnes ini dianggap stabil dan berupaya menjana pendapatan yang konsisten kerana manusia mempunyai sebab yang sangat kuat untuk membayar bagi mendapatkan empat perkara tersebut untuk memenuhi keperluan hidup mereka.  Cuba kita tengok di FB.  Pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang dijual terdiri dari pelbagai jenama.  Kuasa membeli adalah wanita namun begitu kaum lelaki juga tidak terkecuali dari menggunakannya.  Bukan hanya kaum wanita sahaja yang menceburi bisnes ini tetapi kaum lelaki juga tidak kurang hebatnya.  Jadi jika terdapat suri rumah atau suri berkerjaya yang membuat bisnes kecantikan dan kesihatan secara offline, boleh juga mencuba untuk membuat secara online pula.  Bina blog kedai yang bersesuaian dengan jenama yang dipasarkan.  Ramai orang juga lebih suka mencari di internet berbanding di FB.  Blog juga boleh memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. 

Produk kesihatan seperti kurus, cantik, sihat dan macam-macam lagi telah menjadi hangat di pasaran. Perkenalkan produk yang boleh membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai.  Gunakan testimoni sebenar dan dari sini orang ramai akan tertarik untuk membeli.

Produk makanan juga menjadi satu bisnes yang mendapat sambutan, lebih-lebih lagi produk halal.  Banyak produk makanan di pasaran sekarang kita tidak pasti kehalalannya.  Jadi untuk anda yang berminat untuk menceburi bidang makanan, inilah masanya untuk bertindak.  Cari maklumat dan teroka bidang ini dengan mendalam.  Produk sejuk beku juga adalah salah satu contoh produk makanan yang mendapat sambutan.  Anda boleh juga bermula dengan menjual sarapan, makanan tengahari atau mengambil tempahan membuat kuih, kek, biskut dan sebagainya.

Setiap manusia di dunia ini perlukan pakaian sebagai salah satu daripada keperluan asas.  Pelbagai produk pakaian dari pelbagai jenama terdapat di pasaran.  Setiap orang di dunia ini memerlukan pakaian dari kecil hingga dewasa.  Tepuk dada tanya selera.  Anda yang menentukan apa yang anda hendak beli dan pakai.  Pakaian sentiasa bersilih ganti dan jika terdapat pakaian dari jenama baru, dengan cepat orang ramai akan teruja untuk membeli.  Begitu juga jika terdapat fesyen terbaru, dengan cepat orang ramai terutama kaum wanita berebut-rebut membeli.

Jika anda minat untuk membuka butik, kami ada ebook tentang butik secara online atau oflline.  Dapatkan idea dari ebook ini untuk bermula.





Setiap ibu bapa hendak yang terbaik untuk anak mereka.  Sedari kecil anak-anak telah didedahkan dengan buku.  Pelbagai produk tentang pendidikan terdapat di pasaran sekarang.  Ibu bapalah yang menentukan corak pendidikan anak mereka.  

Keempat-empat bisnes ini boleh diceburi oleh semua orang.  Kami ada ebook untuk membantu anda mendapatkan idea bisnes apa yang sesuai untuk anda dan bagaimana memulakannya, jika anda mendaftar bersama kami untuk kelas asas blog. 








Untuk sebarang pertanyaan lanjut :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502


No comments:

Post a Comment