Wednesday, 20 November 2013

Blog Medium Percuma


Usahawan online disarankan melakukan pelbagai strategi jualan.  Antara idea pemasaran yang boleh digunakan ialah blog, facebook dan fanpage.  Ia adalah percuma dan boleh digunakan secara maksimum.

Tidak semua orang suka facebook dan ada akaun facebook.  Ada yang lebih suka mencari diblog.  Blog boleh dijadikan sebagai medium untuk memasarkan produk secara online.  Untuk membina blog, ada yang percuma dan juga berbayar.  Untuk memulakan bisnes dan mencari pelanggan, lebih elok mempunyai blog percuma dahulu. 
Gunakan medium percuma ini sebagai permulaan.  Apabila bisnes telah menampakkan hasil yang bagus, barulah beralih kepada blog berbayar dengan sistem yang lebih terperinci seperti dot.com, autoresponder dan lain-lain.  
Blog hendaklah bersesuaian dengan niche yang kita pasarkan.  Sebagai contoh, jika kita menjual tudung, tulis mengenai tudung, tips menjaga tudung, cara memakai tudung, jenis-jenis tudung dan lain-lain berkaitan.   
Tulis catatan ringkas di facebook dan kembangkan ceritanya di blog.  Jadikan blog sebagai medium pemasaran anda.  Perkenalkan produk, buat borang tempahan, paparkan harga dan testimoni.  Jangan lupa letakkan no telefon untuk memudahkan orang ramai menghubungi anda.  
Kami ada promosi ebook untuk bulan November jika anda mendaftar bersama kami mendaftar di kelas asas blog.  Blog yang akan diajar adalah berdasarkan analisa yang telah diberikan.  
Hubungi saya norazizahsudin@gmail.com untuk langkah seterusnya.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment