Monday, 25 November 2013

Buat Secara Sambilan Dahulu


Ramai suri berkerjaya yang ingin berhenti kerja dan memulakan bisnes sambil menjaga anak di rumah.  Buat secara sambilan dahulu, cari ilmu bisnes yang cukup dan hadiri seminar bisnes.  Banyak info yang boleh didapati dari internet.  

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama.  Mengapa?  Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.

Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif.  Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru.  Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun.  Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu.  Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.

Bekerja dari rumah - peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat.  Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat.  Gaya hidup yang lebih santai dan ada lebih masa bersama keluarga.

Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok.  Bekerja sendiri, juga nampak gah.  Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang.  Berani menanggung risiko atau tidak.  Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah.  Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi atau kebebasan.  Sebaliknya jadikan WAHM atau SOHO sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga.  Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1)  Lakukan secara sambilan.  Sekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja,  lakukan ia secara sambilan.  Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2)  Cuti tanpa gaji.  Jika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun.  Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan.  Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini.  Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia.  Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala SOHO anda tetap diuruskan seperti biasa.  Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3) Menjana pendapatan sampingan.  Anda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri SOHO di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri.  Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.

Petikan dari http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/


Dapatkan ebook ini sekarang untuk anda membuat pilihan.


1 comment:

  1. Bisnes Terbaru 2014!!!!

    Siapa nak 5 jenis INCOME LUMAYAN ?
    Tak menaja pun dah mula terima limpahan downline !!!!!!!
    Downline menaja pun kita dapat DUIT
    Cepat ... Cepat Lock posisi
    Segera UPGRADE ... Mencurah2 income pairing masyuk
    Tak perlu susah2
    Di JAMIN 100% menjadi punnya.
    promosi web shj
    kalau rajin menaja
    anda di bayar 50 % komisyen
    Modal hanya RM 50 sekali seumur hidup, ala sayang ke RM50

    Pintunya ada kat sini >>> http://ll.my/ounjutawan

    ReplyDelete