Tuesday, 19 November 2013

Buka Akaun Dengan PosLaju


Semalam berurusan lagi dengan PosLaju.  Mudah dan cepat sebab tidak ramai orang.  Ramai peniaga bisnes online suka berurusan dengan PosLaju disebabkan harga pengeposannya tidak mahal dan cekap.  Untuk yang mahu berurusan dengan PosLaju boleh buka link ini.

Jika bisnes anda telah berkembang dan setiap hari banyak pesanan, lebih mudah dan menjimatkan masa anda membuka akaun PosLaju.  Ramai peniaga online berbuat demikian untuk memudahkan mereka.  Kita tidak bersusah payah pergi ke PosLaju untuk urusan penghantaran kerana mereka akan mengambil di rumah.  

(Sumber : http://www.mulawafashion.com)

Untuk membuka akaun PosLaju perkara berikut perlu ada :
1)  Salinan SSM - pendaftaran perniagaan anda
2)  Salinan IC 
3)  Deposit RM500
4) Cop Syarikat - ini perlu untuk anda meletakkan cop syarikat semasa mengisi borang

Setelah selesai mengisi borang, anda perlu menyediakan 3 salinan setiap satu (borang/IC/SSM) sebelum dihantar kepada PosLaju bersama deposit RM500.




Proses permohonan hanya mengambil masa seminggu sahaja.  Setelah lulus, PosLaju akan membuat panggilan kepada anda dan anda boleh mendapatkan no akaun, borang PosLaju yang telah ditaip alamat anda, plastik dan borang pengeposan PosLaju berkontrak.

Kebaikan membuka akaun dengan PosLaju adalah :
1) Borang Pos Laju sudah ditaip dengan nama/alamat syarikat anda.
2)  Mendapat borang/plastik Pos Laju dengan mudah.
3) Bayaran kos penghantaran boleh dilakukan pada hujung bulan selepas menerima invois Pos Laju.
4)  Kemudahan 'pick up' dari Pos Laju ke tempat anda.
5) Sekiranya anda ingin menghantar sendiri barang ke kaunter Pos Laju, anda boleh menghantar barang tersebut tanpa membuat pembayaran pada waktu yang sama.
6) Terma kredit Poslaju ialah 30 hari dari tarikh invois dikeluarkan.

Perlunya peniaga online membuka akaun bersama PosLaju adalah untuk menjimatkan masa, tenaga, kos parkir dan kos pengangkutan.  


Jika bisnes anda masih baru dan sedang berkembang, lebih baik anda sendiri berurusan dengan PosLaju.  Jadi anda akan tahu bagaimana hendak berurusan dengan mereka dan proses penghantarannya.  Penghantaran pula janganlah dibuat setiap hari.  Anda boleh mengambil pesanan dan menghantarnya pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis.  

Untuk memulakan bisnes secara kecil-kecilan, boleh bermula di Akademi Bekerja Dari Rumah.  Kami sediakan produk.












 

4 comments:

  1. Terima kasih tips ni Puan. Sangat berguna untuk saya yang baru nak berniaga online.

    ReplyDelete
  2. Info puan sangat membantu dulu semasa saya daftar akaun poslaju dengan rujukan blog puan.
    Tapi baru-baru ni saya dapat try satu website panggil easyparcel dan banyak jimat berbanding dengan guna akaun poslaju saya. Bungkusan sama juga hantar melalui poslaju tapi buat booking pickup kat website tu bukan guna akaun sendiri saya. Harga untuk 1kg hanya RM5 bagi semua shipment dalam penisula M'sia, jimat RM4 berbanding dengan guna poslaju seperti dulu.
    Puan boleh cuba guna pendaftaran adalah percuma dan skrg meraka ada promosi, Percuma RM25 kredit bagi setaip customer yang daftar.
    Ini website mereka: https://goo.gl/hvtPlT

    ReplyDelete
  3. Sy suke gak nak try easy parcel kan tp problem sy is sy xd printer which kalo gn easy parcel kite kena print out borang connsignment tu sendiri

    ReplyDelete
  4. Sy suke gak nak try easy parcel kan tp problem sy is sy xd printer which kalo gn easy parcel kite kena print out borang connsignment tu sendiri

    ReplyDelete