Saturday, 16 November 2013

Cabaran Bisnes Online


Bismillah dan Assalamualaikum wbt.

Semalam saya sibuk melayan pelanggan yang marah-marah sebab barangan yang dipesan tidak sampai.  Barang tersebut sudah dihantar menggunakan khidmat Pos Laju tetapi apabila disemak no treking tidak ada dalam rekod.  Berkemungkinan barangan yang dihantar tidak dihantar atau tersalah letak.  Kesimpulannya saya perlu menghantarnya semula dan ditanggung semuanya oleh saya.  Itulah cabaran bila kita berbisnes online.  Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah kesalahan teknikal.  Tidak perlu mencari kesalahan sesiapa.

Jika ingin berbisnes secara online, ini adalah salah satu cabarannya, samada barangan yang dihantar rosak, tersalah hantar dan sebagainya.  Setelah selesai menghantar setiap barangan, pastikan no treking diberi kepada pelanggan.  Selitkan juga ucapan terima kasih.  Sekurang-kurangnya pelanggan akan merasa berbesar hati dan seronok apabila berurusan dengan kita lagi. 

Ramai peniaga online suka menggunakan khidmat Pos Laju kerana servisnya yang murah dan berpatutan.  Kebiasaannya barangan  yang dipesan akan sampai dalam masa 1 atau 2 hari bekerja.  Jika lewat, kita perlu menyemak dengan Pos Laju. 

Ada pelanggan yang faham dan dapat menerima kenyataan kita, tetapi bagi pelanggan yang tidak faham, mereka akan marah-marah dan terus tidak mahu lagi berurusan dengan kita.  Jangan mengalah kerana itulah cabaran bisnes namanya.  Sama juga dengan bisnes secara offline.  Cuma kita perlu bijak untuk mengatasinya. 

Sebab itulah penting untuk kita ada ilmu apabila ingin memulakan bisnes online.  Perlu juga sentiasa bersikap positif dan tidak mudah mengalah serta berputus asa.  Jadikan cabaran ini semua asam garam bisnes.  Belajar dari kesilapan dan sentiasa mencari idea baru bagaimana hendak mengekalkan bisnes kita. 

Kelas November masih berlangsung untuk yang mahu menyahut cabaran ini.  Belajar bina blog dan belajar bisnes online.  Produk kami sediakan untuk yang tiada produk.



Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

No comments:

Post a Comment