Tuesday, 12 November 2013

Cabaran Sebagai WAHM - Mental Perlu Kuat


Teks : Masayu Ahmad

Saya akan ditanya apa yang perlu dilakukan dan pembaca USAHAWAN.  Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak tanpa pembantu ataupun pekerja di butik.  Maka, saya seperti dahulu. Bezanya, waktu pagi saya sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan anak ke-3 saya yang akan berumur 3 tahun pada hujung tahun ini. Di antara kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email. 

Sumber Bab 1 : Ebook Super WAHM
Mental dan hati kena kuat.  Disiplin mesti sentiasa ada.  Bila berniaga, adalah penting untuk ktia faham dan tahu tentang perniagaan kita dan mengambil tahu perkembangan dunia bisnes yang ada di luar sana.  Dahulu saya menyangka, sungguhpun ada butik, kemahiran menjahit itu adalah perkara paling asas yang saya perlu ada.  Saya sangka hanya tahu menjahit itu sudah cukup, rupa-rupanya untuk lebih berjaya, saya perlu tahu MENJAHIT BAJU.  Jadi tanpa segan silu, saya ambil kelas menjahit yang asas.  Paling tidak saya perlu mengenal pola.  Selain itu juga, saya perlu kreatif dan tidak terlalu mengikut langkah orang lain melainkan apa langkah yang dia ambil untuk berjaya.

Sambil tunggu baju di dalam mesin, saya memasak.  Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas.  Sementara anak tidur, saya edit gambar.  Begitulah rutin harian saya.  Jam 11 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk saya.

Dimana anak-anak pulang dari sekolah agama, perlu diberi makan, disuruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.  Begitu juga yang sulung, balik sekolah kebangsaan dan perlu bersiap ke sekolah agama.  Tergelincir sedikit dari waktu jadual harian saya, maka kelam kabutlah jadinya.  Seawal 2 petang, saya bersiap untuk ke butik pula dengan ditemani anak ke 3 saya.  Sampai di butik, kena kemas butik pula sambil melayan anak.

Baca selanjutnya dalam ebook Super WAHM Super MOM.






Kami ada promosi bulan November.  Daftar kelas untuk yuran ini, akan diberi PERCUMA ebook 101 Home Based Bisnes untuk anda merancang persediaan tahun 2014.

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendaftar kelas asas bina blog fanpage bisnes atau penulisan.  

Jom beriklan di Soho Directory dan baca terma  iklan di sini.

Untuk membeli buku agama, ebook dan buku motivasi, boleh berkunjung ke Ulat Buku Online.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

No comments:

Post a Comment