Saturday, 2 November 2013

Mulakan Sekarang



Kini terdapat banyak peluang perniagaan internet, cuma persoalannya apakah jenis perniagaan yang terbaik untuk anda.  Buat kajian dan cari peluang untuk memulakan bisnes ini.  Kembangkan potensi anda dan mulakan sekarang.  Jika tidak sekarang bila lagi?

Anda boleh memulakan bisnes online dari mana-mana di dunia ini dengan syarat anda mempunyai sambungan internet.  Mudah bukan?  Jadi jika anda berada di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia dan lain-lain negara, anda masih boleh memulakannya.  Bisnes tanpa sempadan.   Cari bisnes yang anda minat dan bersedia untuk belajar.  

Ilmu adalah asas bagi setiap perniagaan, bukan modal.  Anda boleh memulakan bisnes tanpa modal.  Setiap industri perniagaan mempunyai beberapa rahsia di dalamnya, strategi, taktik yang anda tidak akan dapat kecuali anda terlibat di dalam bisnes tersebut.  Oleh itu, cari peluang, cari idea dan belajar tentang bisnes internet.  Kejayaan tidak datang dalam sekelip mata.  Ia umpama pengembaraan semalam tetapi hasilnya berterusan.  

Cari perniagaan online yang anda minati, seperti kata Warren Buffet “Passion is what keeps you going when the going gets tough.”  Jadi jika anda minat dengan bisnes yang anda minati, anda akan jatuh cinta, berusaha untuk membuat apa sahaja tentang bisnes anda.  Pegang kepada satu bisnes dahulu sebelum lompat kepada bisnes lain.  Salah satu sebab mengapa kebanyakkan orang suka melompat dari satu bisnes kepada satu bisnes yang lain adalah disebabkan mereka tidak kuat semangat dan tidak sepenuh hati melakukan bisnes tersebut.  Jadi berhenti daripada berkata kalau, tidak tahu atau susah.  Mulakan sekarang jika anda benar-benar ingin mempunyai bisnes anda sendiri.

Jika anda sudah ada idea bisnes apa yang ingin diceburi dan ingin ada blog kedai, boleh sertai kelas kami.  Jika ingin bisnes tapi tiada produk, kami juga boleh sediakan.  Yang penting kemahuan dan keinginan ingin belajar.

Anda boleh baca testimoni pelajar di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendapatkan maklumat. 



Kami juga membantu untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan di ruang periklanan.  Boleh baca terma  iklan di sini.



Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

No comments:

Post a Comment