Monday, 4 November 2013

Jangan Buat Sekerat Jalan


Orang berbisnes anda pun nak bisnes.  Orang jual produk kecantikan anda pun hendak buat juga.  Jangan terikut-ikut.  Buat apa yang anda suka.  Jangan buat kerana terpaksa.  Buat dengan ikhlas.  Bila kita buat dengan ikhlas, kita akan seronok dan teruja untuk membuatnya dengan bersungguh-sungguh.  Jika anda tidak minat bisnes, jangan paksa diri.  Tetapi ada yang menceburkan diri dalam bisnes sebab terpaksa.  Sebagai contoh, suami meninggal dan tidak meninggalkan harta yang banyak.  Jadi isteri tersebut terpaksa mencari jalan untuk menyara keluarganya.  Jika anda suri berkerjaya ada pendapatan tetap, tetapi jika anda suri rumah?  Tetapi ada juga suri berkerjaya yang membuat bisnes untuk menambah pendapatan.  Seperti saya dahulu, walaupun mempunyai pendapatan tetap, saya suka dan seronok membuat bisnes tambahan untuk menambah pendapatan.  Di samping itu saya mendapat rakan baru dan dapat belajar kerenah pelanggan.

Jadi fikirkanlah.  Jika anda rasa anda ingin membuat bisnes online atau offline, buat sepenuh hati dan bukan sekerat jalan.  Disebabkan tidak mendapat hasil yang anda inginkan, anda pun terus berhenti.  Pada masa itu anda telah mempunyai pelanggan tetap, tetapi disebabkan masalah ini, anda menutup kedai online anda.  Kasihan kepada pelanggan anda. Terkial-kial pula dia mencari penjual lain.  Takut nanti bila anda hendak buka bisnes lain, pelanggan lama sudah tidak percaya.  Jadi, kalau boleh elakkan buat perkara sebegini.  Jangan jadikan masalah ini sebagai batu penghalang untuk anda berjaya.  Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan.  Anda perlu belajar lagi ilmu internet dari pakar internet yang telah berjaya. 

Untuk permulaan, belajar buat FB, fanpage dan blog.  Sebagai contoh, jika anda minat kursus masakan, belajar dari yang pakar.  Salah satunya Kursus Masakan Jutawan Senyap 2013.  Banyak masakan yang anda boleh belajar di sini dan praktikkannya.  Untuk permulaan, anda boleh dapatkan ebook di bawah sebagai bacaan awal untuk memulakan bisnes makanan anda.  Banyak tips menarik yang anda boleh dapati dari ketiga-tiga ebook ini. 





Anda sudah ada bisnes, suddah buat ofline tetapi pada masa yang sama anda hendak buat online pula.  Boleh hubungi saya untuk belajar bina blog dan fanpage.  Kami ajar secara online dan tidak membebankan anda dengan tugasan yang susah.  Semunya mudah dan anda tidak perlu keluar rumah untuk belajar.  Semuanya secara online.  Malah suri rumah yang zero pengetahuan pun boleh belajar.  Anda hendak belajar kami akan ajar.  Tiada paksaan.  Jika anda ada impian dan ingin mempunyai blog kedai online, boleh hubungi saya untuk info selanjutnya.
 
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendaftar kelas asas bina blog fanpage bisnes atau penulisan.  

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

No comments:

Post a Comment