Friday, 8 November 2013

Kelas Asas Blog dan Fanpage (Bisnes)


Dari dahulu saya memang minat berbisnes.  Bermacam-macam bisnes saya buat.  Saya pernah menjual tudung, jadi ahli MLM, jual kerepek, jual kain dan menjual biskut raya.  Apa sahaja yang boleh dapat duit, saya akan buat.  Soal laris atau tidak, belakang kira.  Yang penting saya dapat pengalaman dan tahu selok belok bisnes di samping cara-cara berurusan dengan pelanggan.  Mungkin ini adalah pengaruh arwah Tok Ayah saya seorang peniaga ikan terkenal di Endau.  Dia juga adalah seorang yang sangat suka bersedekah.  Pantang ada orang yang mahu meminjam duit, dia pasti beri walaupun dia sendiri kadang kala kesempitan duit.  Malah kadang kala dia pula meminjam duit daripada orang lain untuk diberikan kepada orang yang ingin meminjam.  Itulah Tok Ayah saya.  Semoga amalannya menjadi ikutan kami anak cucunya pula.

Berbalik kepada bisnes saya, ada orang kita disebabkan keturunan seseorang itu menjadi peniaga.  Tetapi ada juga yang bukan dari keturunan peniaga pun boleh menjadi peniaga yang berjaya.  Yang penting usaha dan tahu apa yang anda inginkan.  Jangan hangat-hangat tahi ayam.  Saya dahulu berniaga secara offline sebab masa itu tiada FB dan juga tiada blog.  Saya membawa barangan jualan saya ke rumah kawan-kawan atau saudara mara.  Apabila pergi ke majlis kenduri kahwin atau  majlis keraian lain, sempat juga saya mempromosikan barangan saya.  Untuk berniaga jangan ada perasaan malu.  Kalau rakan-rakan berjumpa saya, soalan yang ditanya mesti bisnes apa yang buat sekarang?  Jika ada rakan-rakan yang ada bisnes dan ingin berbisnes, mereka mesti mencari saya, samada untuk menjual barangan mereka atau mendapatkan nasihat daripada saya.  Saya bukanlah seorang yang pandai dalam berbisnes tetapi sekadar untuk memberi pandangan.

Saya terangkan apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes) :
1)  Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
2)  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
3)  Mahu mula tetapi tidak ada produk.  Kami menyediakan beberapa produk pilihan seperti produk sunnah, buku, pakej ebook dan ruang periklanan.  Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
4)  Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
5)  Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan.  Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
6)  Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain.  Juga membina jaringan bisnes secara online.
7)  Apa yang kita belajar di dalam kelas ini adalah analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
8)  Untuk mula, kita analisa dahulu.  Pendaftaran adalah setiap hari.

Dapatkan ebook ini untuk mendapat idea bisnes yang anda hendak buat pada tahun 2014 nanti.  Harga promosi RM30.



Sebelum kelas bermula, kami akan bagi soalan analisa untuk anda jawab dan tajuk blog akan diberi berdasarkan minat dan kepakaran anda.  

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendaftar kelas asas bina blog fanpage bisnes atau penulisan.  

Jom beriklan di Soho Directory dan baca terma  iklan di sini.   
 
Untuk membeli buku agama, ebook dan buku motivasi, boleh berkunjung ke Ulat Buku Online.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502

No comments:

Post a Comment