Friday, 15 November 2013

Mengenali Pelanggan


Banyak pilihan bisnes yang boleh dibuat walaupun hanya dari rumah.  Pelanggan pula pelbagai ragam.  Ada yang cerewet, mudah bekerjasama, memahami dan kemudian menjadi rakan rapat.  Kita perlu kenali pelanggan kita walaupun bekerja di rumah.  Ini sangat penting agar bisnes kita berkekalan.

Bisnes online terdapat beberapa pilihan produk dan servis :
1)  Produk Fizikal
2)  Produk Digital
3)  Servis Fizikal
4)  Servis Digital

Dalam konteks mengenali pelanggan, saya mahu menyentuh dalam bab ini tentang mengenali pelanggan.  Sebelum kita membuat perancangan menjual sesuatu produk, sudah tentu kita perlu kenalpasti siapa sasaran pelanggan.  Sama ada pelanggan tersebut berjumpa secara fizikal atau secara maya sahaja.

Kebanyakan pemilik bisnes dari rumah mempunyai kelebihan iaitu mengenali pelanggan melalui online tanpa batas.  Sama ada ia secara langsung atau tidak langsung.

Bagaimana mengenali pelanggan secara tidak langsung?  Contohnya komunikasi kita bersama pelanggan melalui kedai online, melalui blog dan juga melalui urusan jual beli.

1)  Pelanggan Baru
Pelanggan baru biasanya, pelanggan kali pertama berurusniaga dengan kita.  Sama ada kita akan terus bina hubungan dengan pelanggan tersebut atau sekali sahaja urusniaga.

2)  Pelanggan di kalangan teman rapat atau saudara mara
Ini juga adalah pelanggan.  Dengan adanya laman sosial seperti FB, lebih mudah untuk kita membina hubungan, mengekalkan hubungan seterusnya dan berlaku transaksi kewangan melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

3)  Pelanggan Setia
Pelanggan ini kita perlu jaga dan bina hubungan.  Sama ada melalui hubungan komunikasi secara maya atau secara fizikal.  Pun begitu, banyak kelebihan mempunyai pelanggan setia kerana setiap kali ada produk baru atau promosi baru, pelanggan ini setia membeli dan tidak pernah ketinggalan.  Bina seberapa banyak pelanggan setia.  Ia sangat penting untuk kelansungan bisnes.  Tambah dari masa ke semasa.

4)  Pelanggan Mudah Diurus
Pelanggan sebegini tidak banyak kerenah.  Sekali tanya harga terus beli.  Apabila ada masalah, diterangkan mudah faham dan mudah menerima respon dengan baik.

5)  Pelanggan Cerewet
Pelanggan sebegini dapat dikenalpasti seawal dia bertanyakan harga.  Sama ada dia berwang atau sebaliknya.  Minimakan dengan pelanggan sebegini, sekiranya lebih banyak emosi yang tidak berbaloi lupakan sahaja wangnya.  Terus sedia dengan pelanggan yang mudah diurus dan mudah dalam urus niaga.

6)  Pelanggan Online
Nama pun bekerja dari rumah, sangat mudah untuk kita berinteraksi tanpa bertemu muka.  Hanya perlu online melalui gajet, HP, media sosial dan pelbagai cara.  Banyak kelebihan melayan pelanggan online berbanding pelanggan bertemu secara fizikal.

7)  Pelanggan Fizikal
Ada sesetengah urusniaga memerlukan kita untuk berjumpa dengan pelanggan.  Pun begitu terpulang kepada pemilik bisnes, sama ada perlu berjumpa di sesuatu lokasi atau pejabat di rumah.  Sekiranya berjumpa di pejabat atau rumah, pastikan perkara berkaitan keselamatan perlu diambil perhatian.

Yang manakah satu pelanggan anda?  Bila menghadapi pelanggan seperti di atas, terutama yang cerewet, tidak sabar dan banyak kerenah, banyakkan bersabar dan layan mereka dengan baik.  Untuk pelanggan yang mudah diurus pula, jaga mereka dan beri perhatian. 

Untuk memulakan bisnes dengan produk di atas, kami ada menawarkan kepada yang berdaftar dengan kami.

Untuk yang berminat boleh hubungi saya :
Email : norazizahsudin@gmail.com
Whatsapp / SMS : 0197461502




No comments:

Post a Comment